Jumaat, 18 April 2014

Kembali pada Agama dalam mendidik.

 

Segala pujian bagi Allah, waktu ketika ini ingin saya kongsikan sedikit panduan dan peringatan untuk sama-sama bermuhasabah. Gambar diatas adalah gambar yang dilukis sendiri ketika mana satu program dalam Kursus Guru di Pulau Pangkor tempoh hari. Program tersebut mengarahkan agar semua guru-guru melukis satu gambar dan bentangkan suatu panduan dalam mendidik pelajar berdasarkan gambar tersebut. Demikianlah apa yang terlintas dalam kepala otak saya ialah melukis gambar manusia, al-Quran dan kubur. Itulah yang saya yakin hakikatnya walau kadang difikir janggal juga dari diri sendiri dan mungkin dari peserta lain. Namun itulah kebenaran yang saya rasa kita perlu menerima dan berusaha kembali kepada jalan penyelesaian dan panduan yang telah lama jelas dari Al-Quran dan Hadis. 

Gambar manusia dan kearah al-Quran dengan maksud sebagai seorang pendidik. Tiap apa tindakan yang ingin dilaksanakan dengan melihat nasihat dan panduan dari Al-Quran. Bila sebut Al-Quran pula sudah pasti ianya berkait dengan hadis-hadis yang banyak penjelasan lagi. Segala teknik, kaedah dan pendekatan dari segi bahasa dan tingkah laku diberitahu didalamnya. Kisah-kisah kesabaran, ketabahan, dan keikhlasan diceritakan. Kesan-kesan dari akhlak yang ditonjolkan dikemukakan. Punca masalah-masalah diperingatkan. Jalan-jalan penyelesaian dikhabarkan. Kesimpulan ringkasnya dalam tiap masalah pelajar, pertamanya kita kembali kepada nasihat Agama. Memuhasabah diri dan melihat apa tuntutan dari Allah dan Rasul yang sudah pastinya berkait jalan penyelesaiannya dengan bantuan hal sekeliling kita juga, perbincangan dan sebagainya lagi. Mengawal kesombongan untuk jujur dan adil mendengar panduan dari Agama. Yang kesemuanya menafikan bahasa dan tindakan yang buruk, mendidik emosi dan tahap kesabaran. ‘Fikir tiap kali apa yang kita buat, betul atau salah disisi Agama’. Kaitkan kesemuanya dengan kesedaran ada kaitan dengan Allah dalam tiap kelakuan kita. Dalam pandangan Allah. 

Dan seterusnya gambar kubur yang menjelaskan supaya mengingati mati. Tujuannya apabila mengingati mati, maka kita akan memastikan tindakan dan cara didikan kita itu mendapat hasil yang baik selepas kematian kelak. Jika penuh dengan bahasa, akhlak dan contoh yang buruk dalam kerja mendidik kita. Penuh dengan penipuan dan pengkhianatan. Maka kita bimbang sia-sia dan hal yang merugikan dibimbangi selepas kematian kelak. Begitu juga dengan mengingatinya agar membangkitkan lagi semangat kebaktian dalam mendidik untuk mencari pahala yang berkekalan dari ilmu bermanfaat yang disalurkan dan contoh didikan akhlak yang terus diwarisi. Meyakini balasan kebaikan yang besar dijanjikan Allah dengan syurga kelak. 


“Tika waktu mendidik, kita ingat soal kematian. Kita ingat semua akan menemui Allah dan dipertanyakan segalanya” 

“Dengan kefahaman dari penghayatan ilmu dan yakin kepada jalan panduan dan janji dari Allah dan Rasul, inshaAllah segalanya pasti diberi kejayaan sebagai seorang pendidik” 

Kita diciptakan oleh Allah, 
Allah memberi panduan kepada kita dengan Al-Quran, 
Kelak kita kembali semula kepada-Nya. 


18 Jamadilakhir 1435 H bersamaan 19 April 2014 M 
Sabtu, 10.30 am. Ipoh, Perak.

Rabu, 26 Mac 2014

Mohon hidayah.


Alhamdulillah, saat ini ingin saya berkongsikan tentang pengertian doa-doa yang biasa kita baca dan ulanginya, agar ia penuh dengan pengharapan dan penghayatan dari doa tersebut. Semua doa perlu dan antaranya ialah sebahagian doa-doa yang berkaitan mohon hidayah (petunjuk) dan pengharapan kepada Allah dengan kerendahan maksudnya yang sangat indah bila kita hayati. 

Mari kita lazimi dan hayatinya dengan penuh insaf dalam hari-hari hidup kita.

 رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. (Surah Ali-'Imran 8)

 رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (Surah Al-Baqarah 286)

 رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. (Surah Al-Baqarah 286) 

Copy dari rakan fb tentang Iman. Iman kita ini laksana air di lautan, kadang pasang kadang surut. Ketika pasang, dengan mudah kita meniti jalan Allah. Ketika sedang surut, kita jauh dari jalan Allah. Kerana itu, mestinya kita tidak bosan untuk memohon kepada-Nya agar sentiasa dianguerahi petunjuk. Hanya dengan petunjuk-Nya kita dapat melangkah di rel yang lurus. Sayangnya, kadang kali hati ini condong pada kesesatan. Kita terlupa. Kerana itu, kita menaruh harapan kepada Allah agar membimbing hati ini untuk tidak condong kepada kesesatan setelah mendapat petunjuk dari-Nya. 

Mudahan kita terus bersungguh-sunguh menghadapi segala ujian dalam mencari redha Allah dalam hidup kita ini. Ubat segala masalah yang besar adalah dengan iman yang kuat!. Moga kita terus-menerus berusaha meraih kemanisannya.  


25 Jamadilawal 1435 H bersamaan 27 Mac 2014 M 
Khamis, 01.30 am. Marang, Terengganu.