Sabtu, 19 Mei 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 6).


Gerhana Bulan semalam
Mengkhabarkan pada Penghuni Alam
Betapa Hebatnya Kuasa Tuhan
Segalanya mudah diTentukan
________________________________________

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ 

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (berhak diSembah) selain Allah dan mohonlah Ampunan bagi Dosamu dan bagi (Dosa) orang-orang Mukmin, Laki-laki dan Perempuan. (Muhammad 19)
________________________________________

Nikmatnya cara Islam
Sempurnanya cara Islam
Indahnya cara Islam

Bila Allah diUtamakan
Syariat diLaksanakan
Tiada lagi yang Merisaukan
Ini sahaja mampu Menyelamatkan
________________________________________

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ 

Dan bertawakkallah kpd Allah yg Hidup (kekal) Yang tidak Mati. (Al-Furqaan 58)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adlh sebaik-baik Pelindung. (Ali-'Imran 173)
________________________________________

Siapakah yg Berjaya?

Barang siapa yg dijauhkan Azab drpdnya pada hari itu, maka sungguh Allah tlh memberikan Rahmat kpdnya. Dan itulah keberuntungan, kejayaan yg Nyata. (Al-An'aam 16)
________________________________________

teman... belajar, dengar, fahami, ambil tahulah hal, tntg² Agama, Hukum²... ini shj jaminan kebahagian, keselamatan Hidup.. Dunia hingga Akhirat....
________________________________________

• Tika ingin melakukan Kejahatan, ingatlah Allah sentiasa melihat. - agar hadir rasa takut melakukannya.
• Tika ingin melakukan Kebaikan, ingatlah juga Allah sentiasa melihat. - agar tiada rasa riak, ingin menunjuk dlm melakukannya.
________________________________________

• Jika dunia ini benar byk derita, perit, susah, sakit dirasa, dilalui.. ingatlah & sentiasa yakinlah Syurga Akhirat amat² besar Nikmatnya.
• Jika dunia ini amat byk nikmat, kesukaan, kegembiraan dirasa, dilalui.. ingatlah & sentiasa berwaspadalah, jgn mnyebabkan lupa, lalai akan perintah Allah. Dan ingatlah benarnya tntg Azab yg mengerikan itu.
________________________________________

Dunia yg didiami
Pasti ditinggalkan
Amal yg diredhai
Hanya itu mampu Mengembirakan, Menyelamatkan...
________________________________________

• Dan Allah-lah yg Maha Kaya sedangkan kamulah org² yg berkehendak (kpd-Nya); (Muhammad 38)

Rezeki itu milik Allah, walau mmg nampak dari Manusia kita dapatinya. 

• Katakanlah: Ssngguhnya Tuhanku memewahkan Rezeki bagi sesiapa yg dikehendakiNya, dan Dia juga yg menyempitkan (bagi sesiapa yg dikehendakiNya); akan tetapi kbnyakan Manusia tdk mengetahui (hakikat itu). (Saba' 36)
________________________________________

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan Dialah yg menerima Taubat dari hamba-hamba-Nya dan Memaafkan kesalahan-kesalahan dan Mengetahui apa yg kamu Kerjakan. (Asy-Syuura 25)
________________________________________

Bergembira, berhiburlah dgn cara, perkara yg Halal..
Ingat Dunia pasti musnah & kita pasti Mati..
Disanalah Kehidupan yg Sebenar, Kekal...
________________________________________

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada Hari itu tentang Kenikmatan (yang kamu megah-megahkan, guna di Dunia itu). (At-Takaatsur 8)
________________________________________

Ya Allah golongkanlah Kami dikalangan...

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ 

Org yg mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yg paling Baik di antaranya. (Iaitu mrk yg mendengarkan ajaran² Al-Quran dan ajaran² yg lain, tetapi yg diikutinya ialah ajaran² Al-Quran karena ia adlh yg paling Baik) (Az-Zumar 18)
________________________________________

Hai orang² yg Beriman, jadikanlah Sabar & SOLAT sebagai Penolongmu. (Al-Baqarah 153)
________________________________________

Hina² seseorang, salah² seseorang.. dia tetap Manusia, punyai sifatnya... 
Hebat² seseorang, bagus² seseorang.. dia tetap juga Manusia, punyai sifatnya...

Hina, salah byk manapun seseorang, jgn kita asyik trus mnghina, mghukumnya, mgkrtiknya.. dia tetap juga Manusia, punyai sifat, perasaan.. sebaliknya saling juga mmberi prgtan, nasihat, smgat, bimbingan.. hakikatnya dia masih ingin berubah, tapi sering gagal.

Dan hebat, bagus manapun seseorang, jgn kita asyik menyangka, seseorang itu tiada nafsu, ckp sempurna, slalu amat mengagungkannya, mengankatnya.. dia ttp juga Manusia, punyai sifat, perasaan mcm kita, tapi dia sedar, kuat, sggup, mampu, mnahan, mngawal nafsu, menerima, melalui Keperitan.
________________________________________

Wanita.. cukuplah untuk Suamimu shj (nanti) dpt melihat, mengetahui sglanya.. Usah sibuk menzahirkan brbgai ungkpan, luahan manja.. keayuan, kecantikan itu. Dan gambar yg brmacam gayanya, mnghairahkan, mengundang Fitnah.. walaupun Brtudung.. jgn buat dan hindari prkara yg mengundang, menghasilkan Fitnah. Jaga Aurat, Fahami Syariat, Selamat Umat.
________________________________________

Syukur ertinya buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang...
________________________________________

Kita diatas Jalan yg Betul, Benar.. Dasar kita Jelas.. walaupun terdapat masaalah, pertikaian, perbezaan.. itu sudah Lumrah.. sdh pasti ada hikmah Baik, Buruknya.. ada Pengajaran, hikmah disebaliknya.. ada Keuntungan...

Sedang mrk, jalannya Salah, Dasarnya mencelarukan.. masaalah, perbalahan, pertikaian mrk tidak akan mmberi Keuntungan, bahkan mengundang Kerugian, melainkan diubah Dasar perjuangan mrk...
________________________________________

Motivasi, didikan.. sertakan, byk kaitkan, selitkan hal, kepentingan Akhirat.. disana kejayaan yg Sebenar...
________________________________________

Latihan, asuhan, didikan, tiap kerja & semangat yg diajar, dibina, dilakukan.. Mestilah didahului, disertai, diperkuatkan dgn ilmu, Kefahaman yg Jelas, mendalam... jika tidak.. byk masaalah brlaku, kecelaruan, kesilapan.. mudah tewas, berundur, senang diguna, tiada kekuatan & byk kekurangan, kerugian lain.. tak skrg, mgkn masa akan dtg.
________________________________________

Dan berbuat Baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat Baik. (Al-Baqarah 195)
________________________________________

Hati bila banyak Karat 
Amal, kebaikan dirasa Berat 

Sentiasa rasa Malas
Lalu sukar untuk diIkhlas

Ikhlas syarat diterima Amalan
Marilah kita muhasabah Teman-teman
________________________________________

Hidup ni bukan main² teman... ada perhintungan, perbicaraan kelak.. benar Azab & Nikmat itu teman...
________________________________________

Jgn tangguh² lagi perasaan yg pernah/selalu terdetik untuk Berubah, Insaf itu.. bimbanglah sedar² sudah berada di Alam Barzakh...
________________________________________

Mengapa kena ikut cara Islam?
Sebab Islam Agama dari pemilk Alam...
Kenapa banyak sangat Ujian?
Kerana itu tujuan diCiptakan...
________________________________________


25 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 17 Mei 2012 M 
Khamis, 01.30 pm. Sana’a, Yaman. 

Khamis, 3 Mei 2012

Berita Lucah, amatlah keji perbuatan ini.

1. Apa sudah jadi dengan cara politik Negara kita, makin hari makin parah dengan sewenangnya wujud golongan yang mudah dan sudah selesa dengan menyiarkan berita-berita kotor, dosa itu. Sedikitpun sudah tiada lagi rasa malu, pada diri, pada Allah swt. Tiap ucapan, catatan, laporan, perkongsian, tiada lagi rasa Keimanan. Marilah muhasabah, kenapa sanggup buat, sebar dan membiar perkara sebegini. Siapa yang punya kaitan dengannya. Ia benar sifat yang dicela.


2. Apatah lagi sekarang, masaalah keruntuhan moral, maksiat yang berleluasa, laman lucah dan segala-galanya lagi yang amat sukar lagi dibendunginya. Terdokong pula Kuasa Kerajaan yang menghalalkan akhlak-akhlak sebegitu. Semua lapisan, tahap masyakarat membacanya. Dilangganinya pula di sekolah-sekolah. Suatu perkara amat keji dahulu bukan lagi dilihat keji lagi dimasa sekarang. Begitulah waktu tahun ke tahun. Hinggalah nanti hadirnya kebenaran janji-janji Allah swt. Beruntunglah mereka yang menjejaki petunjuk kurniaan Allah, yang walau susah, penuh duri jalan tersebut.


3. Semua perlu menentang cara Politik sebegini, baik dari mana-mana pihak, individu, Blogger, Fb. Sudah lama kita semua patut, perlu memahami, mendalami cara, kaedah yang telah dilunas Islam. Baik kalau bukan hal politik, masaalah mengutuk, berkata kotor, keji, saling menghina, menggelar, menuduh, memfitnah, mendedah aib, mengedit, memijak, membakar gambar, mengumpat. Berat lagi dalam masaalah maruah, gambar porno. Kita memerlukan cara yang menyegarkan, memanfaatkan fikiran dan masyarakat dalam untuk menegur dan membentuk Politik, Negara kita. Cara kematangan seorang berpelajaran.




4. Sekalipun benar berita-berita keji seperti ini. Islam amat melarang kita mendedahkan dikhalayak ramai. Islam juga melarang cara mengintip dalam mendedahkan dosa seseorang. Islam juga melarang kita bersangka buruk. Perjalanan hidup kita, Allah swt tentukan. Hayat panjang atau pendek. Kita siar dikhalayak awam, tentang hubungan, masaalah, keadaan seseorang itu dengan Allah kita tak mengetahuinya. Taubatnya atau telah matinya mereka, namun berita-berita tetap tersebar. Ingat balasan Akhirat itu benar. Tiada siapa yang rugi atau selamat. Mengintip seseorang, menimbulkan keraguan, banyak masaalah dalam menegakkan hukum, hal aib, jatuh maruh, perbalahan. Tugas kita bukan mencari salah orang, bukan suka, gembira, harap dengan salah seseorang. Banyak mana Allah swt tutup aib kita, kita pula biar aib kita terdedah, kita dedah aib orang. Pernah datang seorang, mengadu kepada Nabi saw agar dihukum, kerana ia berzina, Nabi tak melayaninya, memalingkan muka. Membisingkan, sengaja menghebohkan hal dosa yang dibuatnya lebih besar murka Allah swt. Marilah sama-sama kita renungi peringatan dari Al-Quran dan hadis Nabi saw.




Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim)

Wahai sekalian yang mendakwa Beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum Muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum Muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad, disahihkan al-Albani)


Nabi saw sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi saw: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.




Wahai orang-orang yang Beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat 12)

Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak. (Riwayat Abu Daud, Sanadnya sahih)

Daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf: “Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api disebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi sewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud): “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai sewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian”. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq)

Setiap umatku diberikan Keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya orang-orang yang ingin, suka agar tersiar (berita) perbuatan keji di kalangan orang-orang yang Beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui. (An-Nuur 19)




Seorang Muslim adalah orang yang menyelamatkan Muslim yang lain dengan lidah dan tangannya. ( Hr al-Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang Beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata yang Baik atau Diam.... (Hr Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya seorang Hamba yang bercakap sesuatu kalimah, ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (Hr Bukhari dan Muslim)

Orang yang muflis dalam kalangan Umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala Solat, Puasa dan Zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si Muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke Neraka. (Hr Muslim)

Seorang Mukmin bukanlah pencaci, dan bukan penghina, berbuat keji dan suka bercakap keji. (Hr Muslim)




5. Jangan kita mudah dan suka sangat merendah-rendahkan orang lain, sering bersangka buruk, mengutuk. Kerana ada yang tak mampu macam kita mampu, kita pun juga sebegitu. Kerana bersalahan dengan apa yang kita nampak, fikir. Kita tak mengetahuinya. Bersyukurlah pada Allah, bergembiralah dengan saling membantu. Jernihkan kekeliruan. Biarlah perbezaan. Teruskan tujuan. Tatkala dalam baki perjalanan hidup, kita akan ketahui hakikat, keadaan sebenarnya. Tatkala kita susah, mengharap bantuan. Malulah dengan Allah, malulah pada diri. Kita bangkit bersama kemampuan dan kelebihan masing-masing.


6. Sifat orang Beriman. Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang Beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 6)


7. Tidaklah perlu saling mengata, mengutuk. Jika benar kita sebagai pendokong gerakan Islam? Penyokong agar tertegaknya kehendak Islam?. Jika memang benar mereka sering mengamalkan perbuatan yang dilarang itu, biarkanlah, usah sibuk dihalalkan jua pada kelompok kita. Perbuatan ini dilarang Allah dan Rasul. Apa keuntungan yang kita dapat sebenarnya, ia sekadar hajat nafsu, kita saling terjerat sama. Fikir kerana kejahilanya, ataupun disengaja, memadai respon dengan penuh berhemah, nasihat, dan kita berharap akan disedari, faham. Dan bahasa sindiran-sindiran yang dilihat lebih pada fakta, bukti, Peringatan al-Quran dan as-Sunnah kita ketengahkan. Yang selebihnya serah pada Allah atas keceluparan akhlak, komennya. Kita memohon pada Allah agar ditetapkan hati atas landasan-Nya hingga akhir hayat, pohon dipelihara Iman berhadapan dengan berbagai-bagai lagi ujian, pohon mudahan Allah terus bimbing kita dan yang lain dalam menerima Islam.


8. Kita sudah baca dan dengar. Dengan izin Allah, kita dapat fahaminya. Marilah kita saling mencegah, mengingatkan dan biarkan nilai-nilai Islam terbina dalam waktu tika kita sedang berpolitik dan tiap detik perjalanan hidup kita.

Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan golongan: “(Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang Terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab (yang mmpunyai Akal)”. (az-Zumar 18)


* Wujud apa-apa persoalan, permasalahan masih terlintas. Artikel Drmaza ini mungkin berkaitan. Sebahagian sumber hadis-hadis diatas, dari artikel Drmaza.


1. http://drmaza.com/home/?p=1379
2. http://drmaza.com/home/?p=1415
3. http://drmaza.com/home/?p=317




11 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 03 Mei 2012 M
Khamis, 10.00 pm. Sana’a, Yaman.