Selasa, 13 Mac 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 5).


Dunia ini hanya tempat persinggahan,, jadikan ia sebagai tempat Persinggahan...
________________________________________

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Mengawasi. (Al-Fajr 14)
________________________________________

Tuhan sentiasa Melihat, Mendengar.. tidak pernah tidur. Mintalah, mohonlah padaNya.. bertaubatlah, bergantunglah padaNya, dimana jua.
________________________________________

Akhlak bukti pengetahuan, kefahaman.. Kebenaran...
________________________________________

Yang abai solat, dedah aurat, bebas pergaulan, brzina, zalim rakyat, menipu, merasuah, hukum Agama diabaikan, mengumpat, suka mencari aib, mengaibkan, mghina Islam & brbagai² lagi Dosa lain. Dan byk lagi yg lain, sunnah, seruan Nabi saw kita remehkan. Bagaimana andai Nabi saw ada bersama² kita?? Sedang kita melakukan prkra yg jelas diancam berat oleh Nabi saw. Bagaimana saat dibangkitkan kelak?? Susulilah ucapan selawat kita, dgn buat apa yg dibuat Nabi, yg diajar, disuruh Nabi sblm kita Mati. Yang disuruh, diwasiatkan Nabi saw adlh agar beramal, brpegang dgn perintah Agama, turuti, laksana Sunnahnya. Itu sbnarnya yg Utama.
________________________________________

Ada beza Akhlaknya, jika tahu, faham....
________________________________________

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ataukah org² yg mengerjakan Kejahatan itu mengira bahawa mrk akan luput (dari Azab) Kami? Amatlah buruk apa yg mrk tetapkan itu. (Al-'Ankabuut 4)
________________________________________

فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maka ssngguhnya Allah mengetahui org² yg Benar & mengetahui org² yg Dusta. (Al-'Ankabuut 3)
________________________________________

Gelaran ustaz/zah bkn suka², "ilmu, akhlak, amanah, tanggungjawab". Sama muhasabah.....
________________________________________

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Mempunyai Rahmat. (Al-Kahfi 58)
________________________________________

وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ

Dan berbuat Baiklah (kpd org lain) sebagaimana Allah tlh berbuat Baik kepadamu. (Al-Qashash 77)
________________________________________

Marilah jadikan diri kita hamba yg sentiasa ingat, berdoa pd Allah,, sepertimana waktu kita tika sakit. "org sakit ingat Allah, org sihat lupakan Allah". Kita sihat, lupa Allah. Sakit ini lagi parah sebenarnya...
________________________________________

Manusia yg hebat, brjaya ialah yg dlm masa yg sama prntah Agama tak sesekali diabaikan, dibelakangkan. Adapun kejayaan seseorang itu, namun Agamanya diabai, tiada manfaat, guna kejayaannya. Ia hanya hebat dipentas Dunia, brharga di Dunia. Sahabat²... biarlah kejayaan Dunia kita mghasilkan Kejayan Akhirat kelak. Sbb kita pasti kesana Kelak...
________________________________________

Slps mati itu Kehidupan.........
________________________________________

Insaf, berusahalah merubahnya.. Dosa mndedahkan Aurat, pakai ketat, nipis, trbelah & sbgainya bkn mnda yg remeh. Dosa ini besar & byk kesannya. Ingatlah Sabda Nabi saw tntg 2 golongan pghuni Neraka itu. Ia bkn main², sdarlah temanku... Tika sedang kau brkerja, berniaga, berjalan²... ingatlah Neraka itu Benar.
________________________________________

Kita perlu juga Tidur, lemahnya kita....
________________________________________

Kita ini "HAMBA" "Allah"......
________________________________________

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kpd ampunan dari Tuhanmu dan kpd syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan untuk org² yg Bertaqwa. (Ali-'Imran 133)
________________________________________

mula start bola, tak dilengahkan..
masuk waktu Solat,, malang.. kita sanggup lengahkan...
________________________________________

Syurga kelak, tak perlu lagi cari rezeki, buat ibadat.. duit, istana, kebun, sgla macam mkanan, minuman tlh disediakan.. percuma... perhiasannya yg dari emas, perak, ada pmbantu², dpt bidadari² dari Syurga. Umur muda, tak sakit, gembira sentiasa, tiada rasa sedih, tak akan Mati.. dan bermacam² lagi Nikmat lain.. Nikmatnya,, tak dpt nak bayangkan... perjalanan kita diDunia yg menentukannya. Baki hari Hidup kita, tak tahu tggal byk mana lagi.. marilah sama² usaha memanfaatkannya....
________________________________________

Baki Hidup kita, tak tahu tggal lama mana lagi.. sama² lah usaha manfaatkan sebaiknya... Fb, bukan lagi diisi dgn tmpat pamer Aurat, aksi² yg menghairahkan, tabarruj, kata² kotor, mghina, mengumpat, mmbuka aib & mnjadi sbb terabai Agama & brmcm² lagi kegunaan, mnjadi tmpat kilang Dosa.
________________________________________

‎'macho' lagi 'cool'. bila masjid mampu dihadiri....
________________________________________

Allah, Dialah yg menciptakan kamu dari keadaan Lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan Lemah itu menjadi Kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah Kuat itu Lemah (kembali) dan Beruban. Dia menciptakan apa yg dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Ar-Ruum 54)
________________________________________

Tika azan kedengaran
Marilah sahut seruan
Jgn lagi beri alasan
Tinggallah sekejap online
Tunai segera kewajipan
Itu sifat orang beriman
Ia tonggak kekuatan
Perlu untuk dibiasakan
Jgn kita remehkan
Amat besar ganjaran
Bimbang, takut² tergolong dlm kalangan yg sedang kelalaian...
________________________________________

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan ssngguhnya Kami tlh menciptakan manusia & mengetahui apa yg dibisikkan oleh Hatinya, dan Kami lebih dekat kpdnya drpd Urat lehernya. (Qaaf 16)

إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْمُحْسِنِينَ

Ssngguhnya Rahmat Allah amat dekat kpd orang² yg berbuat Baik. (Al-A'raaf 56)
________________________________________

Tiada jaminan Hidup, Sihat, atau tidak esok,, andai masih Hidup, Sihat... itu peluang kita untuk bertaubat, berubah, menginsafi sgla²nya.. memperbanyakkan, mmpertingkatkan kebajikan, amal.. berkhidmat untuk Islam. Hari² hidup sterusnya, perlu diingati hakikat ini...
________________________________________

cuci dosa² dgn Berjemaah di Masjid.....
________________________________________

kita mengharap dlm kelalaian
sedar, ubahlah teman...
________________________________________

Ya Allah.. jauhkan kami dari sifat suka memandang manusia lain, dgn pandangan yg rendah, hina.. suka brsangka buruk. Ampunkan dosa kami, zahir dan batin.
________________________________________

Kita byk bicara hal org lain, bykkan lagi bicara, muhasabah hal kita.. Marilah mengawasi, waspada diri kita dari suka mengumpat, mnfitnah, mencari, menyebar aib, kata² kesat. Ampunkan kesilapan kami ini ya Allah.


20 Rabiulthani 1433 H bersamaan 13 Mac 2012 M
Selasa, 11.58 pm.

Jumaat, 2 Mac 2012

Qadhi Muhammad bin Ismail al-Imrani.



(Lawatan dari pelajar tahun 3 "UST Yaman", ke Masjid tempat pengajiannya. Gambar ini dirakam pada tahun 2010)


Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad, Muhammad bin Ismail bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Husein bin Soleh bin Syai‘ al-‘Imraniy. Dilahirkan di Sana'a pada bulan Rabiul Awwal 1340 hijrah.


Qadhi Muhammad bin Ismail terkenal dengan panggilan al-‘imraniy walaupun beliau dilahirkan dan dibesarkan di kota Sana'a. Ini kerana keluarga beliau berasal dari daerah ‘imran, pinggir Sana'a. Moyangnya, Qadhi Ali bin Husein telah berhijrah dari daerah ‘Imran menuju ke kota Sana'a di zaman pemerintahan Imam al-Masur al-Husain (1139H-1162H) pada kurun ke 12 hijrah. Dari saat itulah keluarga al-‘Imraniy berkecimpung dengan dunia keilmuan sehinggakan kaum keluarganya terkenal dengan keluarga ulama. Datuk beliau, Qadhi Muhammad bin Ali al-‘Imraniy merupakan anak murid kepada ulama Yaman yang terkenal iaitu Muhammad bin Ali al-Syaukani rahimahullah.


Keterampilan serta kepintaran datuknya mendapat perhatian dari Imam Syaukani sehingga Syeikh al-Islam ini merakamkan keperibadian Muhammad bin Ali al‘Imraniy dalam kitab beliau iaitu Badr al-Thali'. Begitulah salur galur keturunan al-‘Imrani dalam bidang keilmuan sehingga melahirkan seorang lagi ulama yang disegani di Yaman ini iaitu Qadhi Muhammad bin Ismail al‘Imraniy.


Kembara Ilmu


Peringkat Pertama :
Qadhi Muhammad bin Ismail telah bercerita kepada anak muridnya tentang pengalaman pertama dalam menuntut ilmu. Hatinya mula terdetik untuk mencari ilmu apabila ada seorang tua berkata kepada beliau; "kamu ini anak Qadhi Ismail bin Qadhi Muhammad..." yang bermaksud bahawa bapa kamu adalah ulama besar Yaman dan begitu juga dengan datuk kamu. Sejak dari itulah Qadhi al-‘Imraniy telah bergegas ke sekolah rendah al-Fulaihi ketika berumur tujuh tahun. Di situ beliau belajar pelbagai ilmu seperti al-Quran, tajwid, nahu saraf, akhlak, matematik, geografi, ilmu kesihatan dan lain-lain lagi sehinggalah beliau berhasil memperoleh sijil dari sekolah tersebut. Kemudian beliau berpindah ke sekolah al-Islah dan memperoleh keputusan yang cemerlang.


Peringkat kedua :
Pada peringkat inilah kembara ilmunya yang sebenar. Semasa berumur 10 tahun beliau telah berpindah ke Jami‘ Kabir (masjid besar Kota Sana‘a Lama) dan masjid Fulaihi dan belajar al-Quran dengan qari Muhammad bin Ishak, al-Faqih Yahya al-Kibsiy, al-Faqih Husain al-Akwa‘ dan Syed Muhammad bin Hamid al-Dabb.


Kemudian beliau telah menghafal beberapa matan seperti matan al-Azhar (Fiqh Hadawiy), matan al-Kamil (usul Fiqh), matan al-Kafiah (Nahu), matan al-Fiah (Nahu) dan Qawaid al-‘Irab (nahu). Kemudian Qadhi al-‘Imraniy telah melanjutkan pengajiannya dengan beberapa ulama besar Yaman pada ketika itu. Berikut adalah nama guru-guru beliau serta kitab pengajian beliau dengan ulama tersebut :


1. Qadhi Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafiy (1387H). Muwatta‘Malik, al-I‘tibar fi Nasikh wa Mansukh, Sunan Nasa’i dan sebahagian besar kitab Subulussalam dan Nailu al-Awtar.
2. Qadhi Abdullah bin Abdul Rahman Hamid (1319H). Beliau telah mengajar Qadhi al-‘Imraniy kitab Syarh Ibn ‘aqil, Jawahir Maknun (balaghah), syarh al-Kamil (usul Fiqh) dan sebahagian dari syarah matan al-Azhar dan Qawaid al-I‘rab.
3. Sayyed Abdul Karim bin Ibrahim al-Amir (1330H). Beliau adalah pembimbing Qadhi al-‘Imraniy dalam menghafal beberapa matan ilmu di antaranya ialah matan al-Azhar, al-Kamil, al-Kafiyah, al-Alfiyah dan Mulhatu al-I‘rab. Kemudia Qadhi al-‘Imraniy telah belajar dengan beliau beberapa kitab syarah seperti Qatru al-Nada karangan Ibnu Hisyam, Ibnu ‘aqil, Kafil, Mughni Labib, Jawahir al-Maknun dan Syarah al-Tiftazaniy (saraf).
4. Qadhi Hassan bin Ali al-Maghribiy (1410H). Ilmu Faraid, syarah matan al-Azhar dan kitab Usul al-Ahkam karangan imam Ahmad bin Sulaiman.
5. Qadhi Ali bin Hassan bin Ali bin Husain al-Maghribiy (1948M). Telah mempelajari dari beliau syarah Qatru al-Nada serta Nakhbatu al-Fikr fi Mustalahi Ahli al-Athari karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘asqalaniy.
6. Qadhi Abdullah bin Muhammad al-Sarhiy (1318H). Tafsir al-Kasysyaf karangan Syeikh al-Zamakhsyariy.
7. Qadhi Abdul Wahhab al-Syamahiy (1375H). Syarah matan al-Azhar.
8. Sayyid Ahmad bin Ali al-Kahlaniy (1387H) Syarah al-Azhar, Ghayatu al-Sual, al-Kasysyaf dan Sunan Nasa’i.
9. Sayyid Abdul Khaliq bin Husain al-Amir (1370H). Syarah Raudhu al-Nadir, Sahih Muslim dan syarah al-Azhar.
10. Sayyid Muhammad bin Ali al-Sirajiy. Syarah al-Ghayah, karangan Husain bin al-Qasim dan syarah ‘umdatu al-Ahkam.
11. Al-‘Allamah Muhammad bin Soleh al-Bahluliy (1390H). Syarah Qatr karangan al-Fakihi, Syarah Jawahir Maknun, Syarah Tabari ‘ala al-Kafil fi al-Usul, Syarah al-Talkhis fi al-Ma‘ani wa al-Bayan, Syarah ‘umdatu al-Ahkam, dan permulaan tafsir al-Kashshaf.
12. Al-‘Allamah Ali bin Hilal al-Dubabi (1388H). Tafsir al-Kashshaf.
13. Qadhi Yahya bin Muhammad al-Iryaniy . Raudhatu al-Nadir, Sunan Abi Daud, al-Bahru al-Zakhkhar dan sebahagian dari kitab al-Kashshaf, al-Ghayah dan Zaadu al-Ma‘ad.
14. Al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad Zubarah (1421H). Sebahagian dari kitab Syifa’ al-Amir al-Husain, Syarah al-Azhar dan sebahagian besar kitab Subulu al-Salam.


Anak Murid :


Anak murid Qadhi Muhammad bin Ismail al-‘Imraniy mempunyai ramai anak murid sehingga sukar dikenal pasti. Bilangannya mungkin mencecah ribuan orang sama ada pelajar dari Yaman mahu pun dari negara-negara lain seperti Indonesia, Malaysia, Somalia, Albania, Cina dan negara-negara Afrika. Adalah tidak keterlaluan sekiranya mengatakan bahawa lebih 50 jenis etnik dari kalangan pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dengan beliau di Universiti Iman. Ramai dari kalangan hakim mahkamah syariah Yaman, pendakwah, pegawai kerajaan dan profesor-profesor di universiti Yaman adalah anak murid Qadhi al-‘Imraniy. Ini kerana Qadhi Muhammad adalah tenaga pengajar terpenting di beberapa institut pengajian tinggi di sekitar Sana'a seperti Institut Pengajian Tinggi Kehakiman, Universiti Iman dan Universiti Sana'a. Qadhi Muhammad al-‘Imraniy juga mengajar secara tetap di Masjid al-Zubairi, Sana'a. Namun begitu terdapat beberapa anak murid Qadhi yang menonjol. Di antaranya ialah :


1. Qadhi Yahya bin Lutfi al-Faisal rahimahullah. Pengasas dan ketua Maahad Ilmiah Yaman.
2. Qadhi Abdul Karim al-‘Arasyi. Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan seperti Timbalan Presiden Republik Yaman, Ketua Speaker Parlimen Yaman dan yang terakhir ialah sebagai penasihat peribadi bagi Presiden Yaman Ali Abdullah Soleh.
3. Doktor Abdul Wahhab al-Dailami. Bekas menteri kehakiman Yaman dan mudir Universiti Iman.
4. Syeikh al-‘Allamah ‘Amir bin Hussain bin Abdullah bin Abdul Qadir hafizahullah. Anak murid syeikh dari Syiria.
5. Syeikh al-‘Allamah Fadil bin Abdullah bin Murad al-Muradiy al-Salafi al-Rimiy. Graduan pertama Universiti al-Iman.
6. Syeikh al-‘Allamah Ahmad bin Wazir al-Waqashi. Graduan pertama Universiti al-Iman.


(Ini antara kitab yang boleh dikatakan masih baru oleh beliau, dikeluarkan Tahun 2009, punyai 3 jilid. Kitab ini telah menghimpunkan sekitar soal jawab yang sering ditanya masyarakat)

Ketika pengajian, pertuturan beliau kurang fushah (bahasa baku), demikian sedikit sukar memahaminya, dan dengan umurnya yang sudah tua. Penekanan yang lebih amat diperlukan. Dengan sentiasa rajin menghadiri talaqi (kuliah) agar kita dapat menyelami syarahannya. 


Sumber: Pelajar Yaman, (dengan sedikit tambahan).
10 Rabiulthani 1433 H bersamaan 03 Mac 2012 M
Sabtu, 02.30 am.