Isnin, 2 Januari 2012

Ucapan Sultan Brunei berkaitan Hudud.




" Negara Brunei Darussalam walaupun Kecil, tetapi ini tidaklah menghalangi Kita untuk mengambil langkah-langah melaksanakan Undang-Undang Syariah. Kerana selaku orang Islam kita Wajib melaksanakan, sebagai memenuhi tuntutan Allah swt. Apabila Undang-Undang Syariah terlaksana, maka barulah Bumi yang Permai ini dapat diungkap sebagai: { بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ : (Negerimu) adalah Negeri yang Baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun: Saba' 15 } 





Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua Perintah Allah, inilah Kewajipan Utama kita, salah satu daripada Perintah itu ialah melaksanakan Undang-Undang, itu adalah Undang-Undang Syariah. Secara amnya pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam, pada 13 Mac 2011, Beta ada menyebut secara Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara'. Ini juga sepatutnya mendapat Perhatian yang Serius dan Segera, kerana kita tidak boleh lagi berkata "tidak atau tunggu dulu" sebab kita sudah pun Cukup segala-galanya, ada Kemampuan, dan ada Kuasa untuk melaksanakannya. Kalau kita masih juga berkata "tidak atau tunggu dulu" ini adalah tidak Kena. Siapakah kita dihadapan Allah untuk berkata "tidak atau tunggu dulu" sedang Undang-Undang ini bukanlah baru digubal. Tetapi telah termaktub di dalam al-Quran & al-Hadis. Semenjak dari 1400 Tahun lebih lagi.

Dimanakah kita dengan al-Quran & al-Hadis itu. Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang Keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' Wujud dan Dilaksanakan, disamping tidak pula menolak Undang-Undang biasa, juga akan masih diguna Pakai, dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan, sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan "

Ahad, 25 Disember 2011

Wanita....





Kau Wanita
Kau Permata
Kau Mahkota
Bila kau Jaga
Dan Terima
Ketetapan Agama


Dirimu cukup Berharga
Bicaramu amat Terasa
Ia mampu mengubat Duka
Dan mampu meransang Jiwa
Wajahmu jadi Terleka
Teguranmu banyak Makna
Mampu mengundang Bahaya
Pandanganmu merubah Minda
Pakaian, Perhiasanmu kemuncak Segalanya


Semuanya amat-amat perlu Dipelihara
Jika tidak mengundang Bala
Fitnah akan Berleluasa


Diciptakan kita di Dunia
Punyai tujuan yang Sama
Lelaki dan Wanita
Diberi tugas yang Berbeza
Perasaan yang tidak Sama
Ada tempat yang Istimewa
Akan melengkapi bila Bersama
Itu kehendak Tuhan yang Berkuasa
Yang mengetahui Segalanya


Hari ini Wanita
Yang dilihat Suasana
Maruah sudah Tiada
Tidak lagi merasa Apa-apa
Auratnya dibuka, diJaja
Mereka merasa Suka
Dijadikan perkara Biasa
Pakaian ketat, sendat, jarang, singkat, terbelah itu tetap diGuna
Masalah ini amat-amat cukup Ketara
Seolah dibenar Agama


Wanita-Wanita
Tahukah Anda
Pernahkah diBaca
Didengar Telinga
Yang Nabi saw telah Bersabda
Tentang Penghuni Neraka?
Yang tak dapat Mencium bau Syurga?


Marilah sama-sama
Memikirkannya
Menitikberatkannya
Mempelajarinya
Menginsafinya
Jangan diAbaikannya
Dan diRelakannya


Ibu-Ibu dan Bapa-Bapa
Kita semua akan turut sama Terkena
Azab Neraka
Jika diBiarkannya


Dalam Keluarga
Teman-Teman, Saudara-mara
Marilah saling berpesan, memberi Kata


Besar, Banyak kesannya pada Mata
Selalu memberi Sengsara
Nafsu Bergelora
Lalu menuju Dosa
Keadaan Porak-peranda


Walau keadaan sekeliling Meremehkannya
Mengejek, Menghina
Ia tetap Perintah Agama
Yang Jelas lagi Nyata
Allah menciptakan Kita
Dia Maha Mengetahui mana Baik dan Buruk bagi Kita
Hikmah, kesan Baik, Buruk telah terNyata


Duhai Wanita
Yang kuCinta
Atas dasar Agama
Marilah kita Semua
Tinggalkan cara Lama


Cuba dan sentiasa Berusaha
Mohon pada Yang Esa


Kutukan, ejekan Manusia
Payah, perit diRasa
Pahala diGanda
Penghapus Dosa


Peringatan Bersama
Dari saudara seAgama
Yang Hina
Harap Berguna
Sebelum Terlena
Lalu Ajal Menjelma


Wahai Lelaki...


Andai WANITA itu jaga AURAT nya maka KAU jagalah PANDANGAN MATA mu
Andai WANITA itu jaga MARUAH nya maka KAU jagalah NAFSU mu
Andai WANITA itu jaga HATI nya maka KAU jagalah AKAL mu
Andai WANITA itu jaga AGAMA nya maka KAU jagalah PRINSIP mu


Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. ALLAH meredhainya.


" Pahit, tawar, tapi Mujarab.. akan ditelan juga. Perit, susah, tapi Ketetapan.. kena juga diterima, yakinilah. Sudah pasti ada Hikmah disebaliknya.. Allah yang menciptakan Kita, sudah tentu Allah tahu mana cara Baik, Buruk bagi kita, kesannya.. Sama-sama perlu Ingat, Benarnya nikmat Syurga dan perit Neraka kelak "


29 Muharram 1433 H bersamaan 25 Disember 2011 M 
Ahad, 10.05 pm.