Isnin, 30 Mei 2011

Kenapa Haram Bersanding ?

Firman Allah swt: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah, dan apa jua yang dilarangNya maka jauhilah. (Al-Hasyr 7)

Tahniah pada mereka yang akan melansungkan Perkahwinan, Baarakallahulakuma, wajamaa Bainakuma fi Khair. Namun kenapa masih Ramai lagi yang ingin menjalankan Upacara Persandingan? Padahal ianya suatu kesalahan dalam Islam. Jika dilihat segala adat-adat Kebiasaan yang dijalankan amat menyalahi pada kehendak Syara’ (Islam). Telahpun jelas disebut dalam al-Quran & Hadis. Haram Bersanding kerana terdapatnya Unsur-Unsur, Upacara-Upacara berikut :

• Menabur Beras Kunyit, Membaca Jampi Mentera, Renjis-merenjis, (perbuatan berikut kononnya dapat memberi semangat kpd pengantin, terhindar dari nasib buruk dan dapat menghalau dari diganggu segala jenis gangguan).

Amalan ini dilihat telah menyerupai Budaya masyarakat Hindu dan Mempercayai perkara2 khurafat, tahayul. Padahal Islam amat melarang menyamakan apa-apa Amalan, Perbuatan dengan Agama yang lain dan Mempercayai perkara2 Berikut.

= Sabda Nabi saw: Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari Golongan mereka. (Hr Abu Dawud, Hadis sahih menurut ibnu Hibban)

= Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang mendatangi ahli Tilik (Dukun, Bomoh) walau sekalipun tidak membenarkan tilikan tersebut maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. (Hr Muslim)

= Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mendatangi Dukun dan Bomoh, malah membenarkan apa yang disebutkan oleh Dukun atau Bomoh tersebut. Maka sesungguhnya ia telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda saw. (dinilai sahih oleh al-Albani)

• Berhias berlebihan, Tujuan untuk dipamerkan (tabarruj), menunjuk-nunjuk.


= Firman Allah swt: Janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. (Al-Ahzaab 33)

• Merubah kejadian Allah, Merubah kecantikan sebenar seperti membuang bulu Kening, mengikir Gigi dan berbagai cara lagi yang seumpamanya.

= Sabda Nabi saw: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening) dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah. (Hr Bukhari)

• Mendedahkan Aurat.

= Firman Allah swt: Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)

• Membazir Harta, Kos dalam menyediakan kelengkapan untuk Persandingan, Terlalu bermewah-mewah, Boros.

= Firman Allah swt: Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Israa' 26)

• Seterusnya terdapat adegan-adegan yang sebenarnya tak perlu untuk dizahirkan dikhalayak Ramai seperti bergambar dengan pelbagai aksi yang digayakan, aksi yang menimbulkan fitnah dan sebagainya, terdapatnya Percampuran, pergaulan Bebas dan berbagai lagi aktiviti-aktiviti yang melalaikan.

• Justeru itu, marilah sama2 kita merubah tiap cara Hidup kita kpd cara yg telah diajar al-Quran & as-Sunnah. Tinggalkanlah adat2 yang telah menyalahi kehendak Islam. Tak dinafikan agak sukar meninggalkan adat2 tersebut, namun ianya perlu juga diusahakan untuk meninggalkannya. Keredhaan & Keberkatan dari Allah itu perlu kita cari, bukan perkara yang dimurka Allah perlu kita dibuat.

• Memadai dengan cara yang telah diajar Islam. Selamat, Senang dan Sempurna segala-galanya. tak perlu menyusahkan Diri, Menunjuk-nunjuk, Membazir.

" Semua Nikmat adalah dariNya, sama2 kita Bersyukur atas pemberianNya dgn taat, patuh pada KetetapanNya. Bukan tak ambik endah akan KetetapanNya "

Rabu, 18 Mei 2011

Menzalimi, menindas Rakyat adalah satu Dosa.

Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai Kerajaan, Engkau berikan Kerajaan kepada Orang yang Engkau Kehendaki dan Engkau Cabut Kerajaan dari Orang yang Engkau Kehendaki. Engkau Muliakan Orang yang Engkau Kehendaki dan Engkau Hinakan Orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala Sesuatu. (A-li 'Imraan 26)


Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (Al- Baqarah 247)

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku Adil, dan berbuat Kebaikan. (Al-Nahl 90)


• Ada yang sudah jatuh digulingkan. Dan ada yang sedang menanti waktunya. Suatu ketika dahulu mereka adalah Pemimpin yang Hebat, Kaya, Tinggi kedudukannya, Hidup dalam keadaan semewahnya. Tapi hari ini segalanya sudah hilang. Segalanya amat mudah Bagi Allah swt. Apatah lagi Pemimpin, Kerajaan yang sewenangnya menzalimi, menindas Rakyat. Aidaikata selamat, senang di Dunia, kelak diAkhirat sudah Pasti diHukum juga jika tak menginsafinya.

• Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan Negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai Ulama yang telah Dibunuh ketika itu kerana enggan Mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga Enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun Beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan Negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada Beliau mengapa beliau enggan Benyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang Hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan Kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang Raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba Lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada Emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus Hamba Perempuan, dan setiap mereka memiliki Sebekas perhiasan. Jika engkau Belanjakan itu semua, sehingga Hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang Kain, dan hamba-hamha Perempuanmu hanya memakai baju tanpa Perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan Wang, Harta dan Tanah lagi, Maka Aku akan Fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong Jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan NabiNya saw.

(lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

• Kesimpulannya, Sama-sama kita memberi sokongan pada Pemimpin, Golongan yang memahami Islam, mengamalkan cara Islam dan yang ingin Melaksanakan Islam. Bukan pada Golongan yang meninggalkan cara Islam dan tak ingin melaksanakan Islam. Ingatlah Hanya dengan cara Islam sahaja dapat menjaminkan kebahagian, kesenangan Hidup diDunia hinggalah Akhirat.