Sabtu, 5 Januari 2019

Step cari jodoh.


Biar jelas, dengan siapa kita send mesej, apa tujuan? Nak jual barang, minta derma, bagi sumbangan, minta tolong, tanya soalan agama, nak berkenalan, nak bergurau, nak belajar dan apa-apa lagilah, biarlah jelas. Ini sekadar contoh jika sesiapa yang serius bagi tujuan mencari jodoh.

Jemput baca bagi siapa yang sudi, sekadar perkongsian ringkas.

Sampai masanya = faktor umur, kewangan, suasana, kesedaran diri, dosa pahala, kehendak agama + jelas tujuan + maka datang keyakinan.
.
.
Cari + jumpa + cari orang tengah + wakil minta gambar + wakil minta nombor fon.
.
.
Mari berkenan + terus mesej mulakan perkenalan serta bagitahu tujuan nak jadikan pasangan andai jodoh + jelaskan akan bermesej tujuan kenal² sahaja dahulu + ajak kawan pergi jumpa dirumah tengok dekat + sambung proses kenal yang perlu dan penting sahaja + sebulan dua cukup.
.
.
Rasa selesa + hati ok + istikharah + buat keputusan + bincang keluarga + masuk meminang + bincang kos dan tarikh + kahwin.

SELESAI. Semoga Allah betulkan niat kita semua. Semoga Allah mudahkan segala urusan baik kita semua. Semoga hubungan pasangan kita diatas dasar Agama dan dipelihara oleh Allah.

Khamis, 3 Januari 2019

Adat gelaran ustaz.


Tentang adat panggilan ustaz dan perbezaan ustaz yang masyarakat kena faham, semua ini perlu kita ketahui supaya tidak silap dalam membuat penilaian dan bertanya kepada yang selayaknya. (bukan untuk merendahkan).

*Ada yang dipanggil ustaz disudut boleh mengajar iqra, membaca al quran. Ada yang dipanggil ustaz disudut boleh jadi imam, bilal, tukang mandi mayat, mutawwif. Ada yang dipanggil ustaz disudut pekerjaan sebagai guru kafa, guru jawi, guru khat, taranum.

*Ada yang sebab banyak hafal ayat quran, hadis, pernah hafiz quran. Ada yang sebab rajin baca buku agama. Ada yang sebab penulis buku nasihat tentang agama. Ada yang sebab selalu tulis, kongsi nasihat agama. Ada yang sebab pernah belajar sekolah agama. Ada yang sebab perwatakan jubah, serban, rida', kopiah, tasbih, berjanggut, berjambang. Ada yang sebab boleh baca tahlil, yasin, talqin, berqasidah, jadi tok kadi.

*Ada yang sebab kerja jual buku agama, mengaji bahasa/sastera arab, jadi artis nasyid islami. Ada yang sebab bekerja sebagai warden, kerani sekolah agama/tahfiz, pernah duduk negara arab.

DAN, ada yang dipanggil ustaz memang kerana kepakarannya menyeluruh tentang agama. Ada pula yang lebih kepada bidang masing² seperti quran, fiqh, hadis, tasauf, kewangan islam, faraid, dan sebagainya lagi dan dalam masa yang sama bab lain hanya perkara asas sahaja diketahui. Ada juga yang pakar kesemuanya namun dilihat kedepan pada sudut lain. Ada yang tidak menunjukkan perwatakannya namun alim dan faqih.

Dan pelbagai lagilah senarai yang tidak dimasukkan diatas. Semuanya perlu kita tahu agar dapat dibezakan tingkatan panggilan ustaz dan tidak disalah fahami dan bersangka buruk apabila terjadi sesuatu isu, dan kita dapat fahami apabila disebut panggilan 'USTAZ' itu, ia merangkumi maksud yang pelbagai seperti diterangkan diatas. Juga ustazah.

Dan penting untuk masyarakat faham bila mana seseorang itu dipanggil ustaz. Bukanlah bermaksud dia dapat mengetahui seluruh hal Agama, memahaminya dengan baik serta tiada halangan untuk mengamalkannya. Bahkan menganggap seolah-olah maksum. Sedangkan mereka juga sama seperti kita semua di bidang yang lain. Cuma yang terbaik dan dituntut hatta kepada diri kita sendiri dan kepada semua orang adalah menjadi golongan yang mempelajari ilmu agama serta mengamalkan dan menyampaikannya. والله اعلم.

Jangan dengki artis yang berbuat dosa.


By Fb Muhammad Izzat Al-Kutawi.

Wanita cantik yang enggan menjadi model dan wanita bersuara merdu tetapi enggan menjadi penyanyi mendapat pahala yang istimewa berbanding wanita-wanita lain.

Mereka mengorbankan peluang berharga yang dimiliki demi kehormatan diri dan mendapat reda Ilahi. Kalau diikutkan kemampuan, boleh sahaja mereka menjadi seperti wanita-wanita lain yang mengekspoitasi segala anugerah yang diberi untuk kepentingan diri. Tetapi, mereka memilih bersabar dan bertahan, menolak godaan dunia untuk menjaga agama.

Lebih hebat daripada itu ialah wanita-wanita yang terlanjur menjadi artis dan berada di puncak kerjaya, tetapi sanggup melepaskan segala-galanya untuk berubah dan berhijrah. Hijrah mereka lebih jauh. Pengorbanan mereka lebih besar.

Dan kerana bertahan di atas hijrah itu terlalu berat bagi mereka - sehingga ramai artis yang berhijrah akhirnya ditarik semula oleh rakan-rakan ke dunia lama - maka begitu jugalah istiqamah mereka, lebih bernilai dan berharga.

---------------------------------------------------------

Artis ni nampak memang la banyak keuntungan dunia, pakai seksi, muka comel, suara ayu, nyanyi sedap, pandai berlakon. Tapi ingat dosa pun bertambah-tambah. Semoga Allah beri hidayah. :(

Boikot Barangan Cina?



Sokong produk muslim. Sokong produk belum muslim yang baik.

Boikot produk belum muslim yang jahat dan juga muslim yang bermasalah.

Disamping ingatkan muslim agar meniru akhlak islam yang dipraktik orang bukan islam dalam bisnes/mu'amalah mereka.

Kalau saya, cari yang dekat, sedap/berkenan/berkualiti, halal, baik akhlaknya. Yang memudahkan urusan.