Semalam berkongsi dengan pelajar,
Hidup ini jika kita buat dosa, buat maksiat, buat menda salah, malas belajar, tak ikut peraturan, kita tetap perlu mohon pertolongan dari Allah, kena usaha, sentiasa pinta, mengadu agar Allah bantu kita meskipun besar kesalahan kita, besar dosa kita, hatta terang-terangan baru sahaja kita buat sebentar tadi, jangan rasa takpa, biarkan, rasa selesa.
Contoh ada seorang pemuda yang berzina, namun tetap kerap memohon kepada Allah agar jauhkannya dari zina, lalu pada suatu ketika Allah taqdirkannya kemalangan jalan raya hingga cedera parah, bertahun memakan masa untuk pulih, maka disaat itu pemuda ini tidak lagi berani melakukan zina, dan berjaya meninggalkan zina tadi, itu tanda Allah maqbulkan doanya sebelum ini kan? Itu tanda Allah sayangkannya kan? Itu tanda dia berjaya kan?
Jadi begitulah kita hari ni, minta doa selalu, sentiasa usaha dan berserah pada Allah, jangan berputus asa, Allah akan ubah hidup kita tanpa kita sedari dengan kekuasaan Allah, janji kita tidak berputus asa, setelah itu pasti kita akan kecapi nikmat Iman.