Sabtu, 13 Januari 2018

Buat Lelaki & Wanita yang lalai dengan Rupa.

Ingatlah dan Ketahuilah... .

Lelaki yang hebat bukan yang perasan 'macho' kerana ramai wanita meminatinya.

Wanita yang cantik bukan yang perasan 'comel' kerana ramai lelaki menyukainya.

Namun lelaki dan wanita yang telah berjaya berkorban untuk membina rumahtangga dan berusaha menjadi yang terbaik di hati isteri dan suaminya.

Sabtu, 6 Januari 2018

Warden/Guru Asrama

Besar pengorbanan seorang guru itu bukanlah sahaja bermaksud dalam memberikan ilmu pengetahuan didalam kelas, namun lebih dari itu bagi seorang guru asrama, iaitu Warden yang menjaga pelajar-pelajar di sekolah yang berasrama penuh. Pengorbanan mereka juga turut besar yang perlu kita sentiasa ucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan. Kerana apa? Kerana mereka mengambil cakna akan anak-anak tentang banyak perkara, “Bangun awal untuk kejutkan pelajar, ajar kemaskan katil, cara berpakaian, cara basuh baju, cara kemaskan almari, cara makan, cara bersukan, pandai bergaul, jaga kebersihan, bahkan rawat bila sakit, pujuk bila tengah sedih, serta macam-macam lagi, warden menjadi tempat pengaduan semua perkara, dialah ayah, ibu, doktor, cikgu”, pendek kata semuanya diajar agar pelajar tersebut pandai “Menguruskan diri dalam kehidupan ini, merasa seronok di sekolah, suka belajar, berada dalam keadaan selamat, sihat, dan mengikuti disiplin sekolah”. 

Saya teringat ketika waktu bertugas sebagai Warden di Ma'ahad Tahfiz ADDIN Tambun dulu, macam-macam hadiah dari Ibubapa sering dapat, hinggalah sekarang masih diguna pemberian tersebut. Alhamdulillah, semuanya amat dihargai. Hinggalah apabila telah berhenti bekerja disana, bukan pelajar sahaja yang saya masih ingati, namun Ibubapa pelajar juga yang semuanya sangat baik masih dalam ingatan. 

Sekadar perkongsian, kerana rasa nikmat apabila melihat yang baik, dan agar kita saling berbuat baik, membalas kebaikan, dan nanti hidup kita dipenuhi kebaikan, “Sekolah, anak, guru, dan ibubapa semuanya mendapat kebaikan”.

Terima kasih.