1) Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Siapa sangka dengan apa yang berlaku di Israil sekarang dengan bala kebakaran yang besar dan satu peristiwa yang sangat mengejutkan.
2) Mereka lupa pada tentera-tentera Allah diseluruh alam ini. Mereka telah sentiasa bersiap sedia hanya menunggu arahan Allah Azza Wajalla. Sekali datang tiada siapa dan alat apapun yang mampu menewaskannya melainkan kembali tunduk dan akur pada Allah. Tentera Allah di darat, di lautan dan di angkasa. Terdiri dari api, air, angin, ribut, pasir, tanah, bukit, matahari dan seluruh kejadian alam ini sentiasa ada isyarat dan tanda bagi orang-orang yang mengerti.
3) Itulah peringatan serta amaran keras dari Allah. Semenjak dari dulu telah dikisahkan dalam Al Quran dan Hadis. Siapa yang berkuasa? Milik siapa kekuasaan ini? Siapa yang mampu menjadikan dan menghalang? Segalanya adalah renungan dengan peringatan bala ini.
4) Ego dan ingkarlah, maka melayakkan manusia itu mendapat balasan yang dasyat dari Allah.
5) Benarlah janji Allah. Bukankah azab yang besar terjadi ini telah banyak diperingatkan Al Quran. Hati kita mungkin tidak percaya apa yang dibaca, sekarang kita melihatnya. Begitulah hari kiamat kelak yang lebih dasyat. Sudah pasti menyebabkan semua lebih tergamam dan tiada lagi peluang untuk mengambil pelajaran diwaktu tersebut.
6) Ini berita yang mengembirakan bagi orang beriman. Setiap hari mereka diuji, dizalimi dan berdoa serta berusaha dengan pelbagai jalan. Akhirnya Allah menyedapkan hati orang-orang beriman dengan peristiwa ini. Menyuntik kembali semangat. Menambah keyakinan. Menguatkan jiwa untuk lebih berkorban.
7) Kejadian ini juga adalah peringatan kepada kita yang lalai. Secara mudahnya ia satu kejayaan dan kemanisan bagi satu golongan yang membawa seruan Allah. Manakala satu lagi mengolongkan pengajaran bagi mereka yang punyai niat seangkatan dengannya.
8) Syukur Allah makbulkan doa kita. Dengan kesabaran dan ketabahan selama ini. Dengan pengorbanan entah berapa ramai sebelum ini. Ia satu kejayaan bagi pejuang islam ditempat dan disudut lain.
9) Sukar akal kita memikirkan dan merancang. Namun ia bukan susah bagi Allah, benar betapa hebat Dialah Allah Yang Maha Berkuasa dan segala Kekuasaan Milik-Nya.
10) Mereka merancang, Allah Maha Mengetahui apa perancangan mereka dan Allah Maha Merancang.
11) Ini baru sedikit api dunia dan seksa dunia, belum lagi neraka yang berganda-ganda azabnya.
12) Malangnya apabila israil meminta bantuan ramai yang membantu. Namun setiap kali kezaliman umat islam sampai sekarang tiada pula sibuk membantu.
13) Mungkin kita pernah terfikir apabila membaca kisah azab umat-umat terdahulu yang begitu ngeri. Kenapa sampai begitu sekali? Kenapa tidak beriman? Kenapa tidak takut akan peringatan dan ancaman yang diingatkan? Kenapa ego dan ingkar? Hari ini Allah telah tunjukkan bala yang mungkin boleh menjadi persamaan seperti umat terdahulu itu.
14) Habis rosak serta kacau bilau hospital, pejabat, kilang, gedung, kedai, sekolah, rumah, binatang, tumbuhan dan alam.
15) Di dunia mungkin masih dapat memohon bantuan dari pelbagai negara. Kelak nanti ingatlah tiada lagi apapun bantuan.
16) Lupakah kita bagaimana betapa siksanya hidup umat islam di Palestin dahulu. Itupun kejadian hari ini masih dibantu oleh penduduk Palestin.
17) Kita merasa sangat gembira kerana ketika Palestin diserang dahulu kita hanya mampu menonton dan berdoa. Tapi dengan azab ini mengingatkan kembali akan terbalasnya kejahatan dahulu.
18) Kejadian ini menjadi pengajaran dan amaran buat seluruh makhluk yang menentang Allah. Dan kemenangan buat seluruh makhluk yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam.
19) Teruskan berdoa agar semakin dasyat dan berterusan terbakar. Walau hakikatnya hati mereka sentiasa dalam keluh kesah.
20) Teruskan istiqamah berdoa dan melakukan kerja-kerja Islam.
Akhirnya moga apa yang Tuhan telah tunjukkan ini dapat memberi pengajaran yang besar dan banyak khasnya buat diri kita sendiri ini dalam mentaati perintah-Nya, meninggal maksiat kepada-Nya. Serta berusaha dalam kalangan yang memperjuangkan Agama-Nya disegenap masa dan sudut inshaAllah. Aamiin.
Waallahu'alam. Terima kasih sudi membaca. Sebarkan dan teguran dialukan.
29 November 2016.
Selasa, 12.45 am. Ipoh, Perak.