Alhamdulillah, buku ini sangat baik bagi mereka-mereka yang direzekikan Allah dengan harta yang melimpah ruah, dan juga kepada kita semua yang sudah pasti menginginkan kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan ini disebalik kejayaan dan kekayaan Akhirat yang sudah mesti perlu didahului dan difikirkan.
Mengandungi 76 muka surat sahaja karangan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Kekayaan Abdul Rahman Bin Auf terlalu jauh berbanding kita dan dalam masa yang sama pengorbanan beliau juga lagi tak terkira banyaknya. Antara point pengajaran yang hanya pada sudut perkongsian bacaan saya sahaja adalah tentang:
• Sifat beliau menolak tawaran apabila ada yang ingin membantunya, dan beliau cuba berusaha dengan sendiri.
• Kekayaan beliau seiring sama tahap pengorbanan beliau pada Agama dan bahkan lebih lagi.
• Menjadi motivasi untuk kaya dan berkorban, dan contoh untuk yang kaya agar berkorban.
• Tidak salah kaya namun hendaklah pengorbanan pada Agama diutamakan.
• Kearah mana halatuju kejayaan dan kekayaan yang diinginkan dan dikejarkan kita?
• Apakah kekayaan membawa kebaikan atau kelalaian?
• Beliau risau dengan kekayaan yang melalaikan.
• Kehebatan sedekah dan beliau sangat banyak bersedekah.
• Beliau mempunyai beribu-ribu binatang ternakan antaranya 10 ribu ekor kambing.
• Beliau sanggup menyumbang 700 ekor unta bermuatan harta benda penuh untuk dakwah Islam.
• Beliau dijanjikan syurga.
• Beliau terlibat dalam peperangan bersama Nabi SAW.
• Beliau pernah cedera parah dalam peperangan.
• Beliau pernah menyumbang kelengkapan untuk berperang.
• Beliau tidak berhutang.
• Kunci kejayaan antaranya “Ilmu, sabar, kawan, berdikari, usaha apa yang ada, fokus, patuh syariat dan lain lagi.”
18 Februari 2016.
Khamis, 4.30 pm. Ipoh, Perak.