Selasa, 13 Mac 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 5).


Dunia ini hanya tempat persinggahan,, jadikan ia sebagai tempat Persinggahan...
________________________________________

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Mengawasi. (Al-Fajr 14)
________________________________________

Tuhan sentiasa Melihat, Mendengar.. tidak pernah tidur. Mintalah, mohonlah padaNya.. bertaubatlah, bergantunglah padaNya, dimana jua.
________________________________________

Akhlak bukti pengetahuan, kefahaman.. Kebenaran...
________________________________________

Yang abai solat, dedah aurat, bebas pergaulan, brzina, zalim rakyat, menipu, merasuah, hukum Agama diabaikan, mengumpat, suka mencari aib, mengaibkan, mghina Islam & brbagai² lagi Dosa lain. Dan byk lagi yg lain, sunnah, seruan Nabi saw kita remehkan. Bagaimana andai Nabi saw ada bersama² kita?? Sedang kita melakukan prkra yg jelas diancam berat oleh Nabi saw. Bagaimana saat dibangkitkan kelak?? Susulilah ucapan selawat kita, dgn buat apa yg dibuat Nabi, yg diajar, disuruh Nabi sblm kita Mati. Yang disuruh, diwasiatkan Nabi saw adlh agar beramal, brpegang dgn perintah Agama, turuti, laksana Sunnahnya. Itu sbnarnya yg Utama.
________________________________________

Ada beza Akhlaknya, jika tahu, faham....
________________________________________

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ataukah org² yg mengerjakan Kejahatan itu mengira bahawa mrk akan luput (dari Azab) Kami? Amatlah buruk apa yg mrk tetapkan itu. (Al-'Ankabuut 4)
________________________________________

فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maka ssngguhnya Allah mengetahui org² yg Benar & mengetahui org² yg Dusta. (Al-'Ankabuut 3)
________________________________________

Gelaran ustaz/zah bkn suka², "ilmu, akhlak, amanah, tanggungjawab". Sama muhasabah.....
________________________________________

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Mempunyai Rahmat. (Al-Kahfi 58)
________________________________________

وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ

Dan berbuat Baiklah (kpd org lain) sebagaimana Allah tlh berbuat Baik kepadamu. (Al-Qashash 77)
________________________________________

Marilah jadikan diri kita hamba yg sentiasa ingat, berdoa pd Allah,, sepertimana waktu kita tika sakit. "org sakit ingat Allah, org sihat lupakan Allah". Kita sihat, lupa Allah. Sakit ini lagi parah sebenarnya...
________________________________________

Manusia yg hebat, brjaya ialah yg dlm masa yg sama prntah Agama tak sesekali diabaikan, dibelakangkan. Adapun kejayaan seseorang itu, namun Agamanya diabai, tiada manfaat, guna kejayaannya. Ia hanya hebat dipentas Dunia, brharga di Dunia. Sahabat²... biarlah kejayaan Dunia kita mghasilkan Kejayan Akhirat kelak. Sbb kita pasti kesana Kelak...
________________________________________

Slps mati itu Kehidupan.........
________________________________________

Insaf, berusahalah merubahnya.. Dosa mndedahkan Aurat, pakai ketat, nipis, trbelah & sbgainya bkn mnda yg remeh. Dosa ini besar & byk kesannya. Ingatlah Sabda Nabi saw tntg 2 golongan pghuni Neraka itu. Ia bkn main², sdarlah temanku... Tika sedang kau brkerja, berniaga, berjalan²... ingatlah Neraka itu Benar.
________________________________________

Kita perlu juga Tidur, lemahnya kita....
________________________________________

Kita ini "HAMBA" "Allah"......
________________________________________

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kpd ampunan dari Tuhanmu dan kpd syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan untuk org² yg Bertaqwa. (Ali-'Imran 133)
________________________________________

mula start bola, tak dilengahkan..
masuk waktu Solat,, malang.. kita sanggup lengahkan...
________________________________________

Syurga kelak, tak perlu lagi cari rezeki, buat ibadat.. duit, istana, kebun, sgla macam mkanan, minuman tlh disediakan.. percuma... perhiasannya yg dari emas, perak, ada pmbantu², dpt bidadari² dari Syurga. Umur muda, tak sakit, gembira sentiasa, tiada rasa sedih, tak akan Mati.. dan bermacam² lagi Nikmat lain.. Nikmatnya,, tak dpt nak bayangkan... perjalanan kita diDunia yg menentukannya. Baki hari Hidup kita, tak tahu tggal byk mana lagi.. marilah sama² usaha memanfaatkannya....
________________________________________

Baki Hidup kita, tak tahu tggal lama mana lagi.. sama² lah usaha manfaatkan sebaiknya... Fb, bukan lagi diisi dgn tmpat pamer Aurat, aksi² yg menghairahkan, tabarruj, kata² kotor, mghina, mengumpat, mmbuka aib & mnjadi sbb terabai Agama & brmcm² lagi kegunaan, mnjadi tmpat kilang Dosa.
________________________________________

‎'macho' lagi 'cool'. bila masjid mampu dihadiri....
________________________________________

Allah, Dialah yg menciptakan kamu dari keadaan Lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan Lemah itu menjadi Kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah Kuat itu Lemah (kembali) dan Beruban. Dia menciptakan apa yg dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Ar-Ruum 54)
________________________________________

Tika azan kedengaran
Marilah sahut seruan
Jgn lagi beri alasan
Tinggallah sekejap online
Tunai segera kewajipan
Itu sifat orang beriman
Ia tonggak kekuatan
Perlu untuk dibiasakan
Jgn kita remehkan
Amat besar ganjaran
Bimbang, takut² tergolong dlm kalangan yg sedang kelalaian...
________________________________________

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan ssngguhnya Kami tlh menciptakan manusia & mengetahui apa yg dibisikkan oleh Hatinya, dan Kami lebih dekat kpdnya drpd Urat lehernya. (Qaaf 16)

إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْمُحْسِنِينَ

Ssngguhnya Rahmat Allah amat dekat kpd orang² yg berbuat Baik. (Al-A'raaf 56)
________________________________________

Tiada jaminan Hidup, Sihat, atau tidak esok,, andai masih Hidup, Sihat... itu peluang kita untuk bertaubat, berubah, menginsafi sgla²nya.. memperbanyakkan, mmpertingkatkan kebajikan, amal.. berkhidmat untuk Islam. Hari² hidup sterusnya, perlu diingati hakikat ini...
________________________________________

cuci dosa² dgn Berjemaah di Masjid.....
________________________________________

kita mengharap dlm kelalaian
sedar, ubahlah teman...
________________________________________

Ya Allah.. jauhkan kami dari sifat suka memandang manusia lain, dgn pandangan yg rendah, hina.. suka brsangka buruk. Ampunkan dosa kami, zahir dan batin.
________________________________________

Kita byk bicara hal org lain, bykkan lagi bicara, muhasabah hal kita.. Marilah mengawasi, waspada diri kita dari suka mengumpat, mnfitnah, mencari, menyebar aib, kata² kesat. Ampunkan kesilapan kami ini ya Allah.


20 Rabiulthani 1433 H bersamaan 13 Mac 2012 M
Selasa, 11.58 pm.

Jumaat, 2 Mac 2012

Qadhi Muhammad bin Ismail al-Imrani.



(Lawatan dari pelajar tahun 3 "UST Yaman", ke Masjid tempat pengajiannya. Gambar ini dirakam pada tahun 2010)


Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad, Muhammad bin Ismail bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Husein bin Soleh bin Syai‘ al-‘Imraniy. Dilahirkan di Sana'a pada bulan Rabiul Awwal 1340 hijrah.


Qadhi Muhammad bin Ismail terkenal dengan panggilan al-‘imraniy walaupun beliau dilahirkan dan dibesarkan di kota Sana'a. Ini kerana keluarga beliau berasal dari daerah ‘imran, pinggir Sana'a. Moyangnya, Qadhi Ali bin Husein telah berhijrah dari daerah ‘Imran menuju ke kota Sana'a di zaman pemerintahan Imam al-Masur al-Husain (1139H-1162H) pada kurun ke 12 hijrah. Dari saat itulah keluarga al-‘Imraniy berkecimpung dengan dunia keilmuan sehinggakan kaum keluarganya terkenal dengan keluarga ulama. Datuk beliau, Qadhi Muhammad bin Ali al-‘Imraniy merupakan anak murid kepada ulama Yaman yang terkenal iaitu Muhammad bin Ali al-Syaukani rahimahullah.


Keterampilan serta kepintaran datuknya mendapat perhatian dari Imam Syaukani sehingga Syeikh al-Islam ini merakamkan keperibadian Muhammad bin Ali al‘Imraniy dalam kitab beliau iaitu Badr al-Thali'. Begitulah salur galur keturunan al-‘Imrani dalam bidang keilmuan sehingga melahirkan seorang lagi ulama yang disegani di Yaman ini iaitu Qadhi Muhammad bin Ismail al‘Imraniy.


Kembara Ilmu


Peringkat Pertama :
Qadhi Muhammad bin Ismail telah bercerita kepada anak muridnya tentang pengalaman pertama dalam menuntut ilmu. Hatinya mula terdetik untuk mencari ilmu apabila ada seorang tua berkata kepada beliau; "kamu ini anak Qadhi Ismail bin Qadhi Muhammad..." yang bermaksud bahawa bapa kamu adalah ulama besar Yaman dan begitu juga dengan datuk kamu. Sejak dari itulah Qadhi al-‘Imraniy telah bergegas ke sekolah rendah al-Fulaihi ketika berumur tujuh tahun. Di situ beliau belajar pelbagai ilmu seperti al-Quran, tajwid, nahu saraf, akhlak, matematik, geografi, ilmu kesihatan dan lain-lain lagi sehinggalah beliau berhasil memperoleh sijil dari sekolah tersebut. Kemudian beliau berpindah ke sekolah al-Islah dan memperoleh keputusan yang cemerlang.


Peringkat kedua :
Pada peringkat inilah kembara ilmunya yang sebenar. Semasa berumur 10 tahun beliau telah berpindah ke Jami‘ Kabir (masjid besar Kota Sana‘a Lama) dan masjid Fulaihi dan belajar al-Quran dengan qari Muhammad bin Ishak, al-Faqih Yahya al-Kibsiy, al-Faqih Husain al-Akwa‘ dan Syed Muhammad bin Hamid al-Dabb.


Kemudian beliau telah menghafal beberapa matan seperti matan al-Azhar (Fiqh Hadawiy), matan al-Kamil (usul Fiqh), matan al-Kafiah (Nahu), matan al-Fiah (Nahu) dan Qawaid al-‘Irab (nahu). Kemudian Qadhi al-‘Imraniy telah melanjutkan pengajiannya dengan beberapa ulama besar Yaman pada ketika itu. Berikut adalah nama guru-guru beliau serta kitab pengajian beliau dengan ulama tersebut :


1. Qadhi Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafiy (1387H). Muwatta‘Malik, al-I‘tibar fi Nasikh wa Mansukh, Sunan Nasa’i dan sebahagian besar kitab Subulussalam dan Nailu al-Awtar.
2. Qadhi Abdullah bin Abdul Rahman Hamid (1319H). Beliau telah mengajar Qadhi al-‘Imraniy kitab Syarh Ibn ‘aqil, Jawahir Maknun (balaghah), syarh al-Kamil (usul Fiqh) dan sebahagian dari syarah matan al-Azhar dan Qawaid al-I‘rab.
3. Sayyed Abdul Karim bin Ibrahim al-Amir (1330H). Beliau adalah pembimbing Qadhi al-‘Imraniy dalam menghafal beberapa matan ilmu di antaranya ialah matan al-Azhar, al-Kamil, al-Kafiyah, al-Alfiyah dan Mulhatu al-I‘rab. Kemudia Qadhi al-‘Imraniy telah belajar dengan beliau beberapa kitab syarah seperti Qatru al-Nada karangan Ibnu Hisyam, Ibnu ‘aqil, Kafil, Mughni Labib, Jawahir al-Maknun dan Syarah al-Tiftazaniy (saraf).
4. Qadhi Hassan bin Ali al-Maghribiy (1410H). Ilmu Faraid, syarah matan al-Azhar dan kitab Usul al-Ahkam karangan imam Ahmad bin Sulaiman.
5. Qadhi Ali bin Hassan bin Ali bin Husain al-Maghribiy (1948M). Telah mempelajari dari beliau syarah Qatru al-Nada serta Nakhbatu al-Fikr fi Mustalahi Ahli al-Athari karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘asqalaniy.
6. Qadhi Abdullah bin Muhammad al-Sarhiy (1318H). Tafsir al-Kasysyaf karangan Syeikh al-Zamakhsyariy.
7. Qadhi Abdul Wahhab al-Syamahiy (1375H). Syarah matan al-Azhar.
8. Sayyid Ahmad bin Ali al-Kahlaniy (1387H) Syarah al-Azhar, Ghayatu al-Sual, al-Kasysyaf dan Sunan Nasa’i.
9. Sayyid Abdul Khaliq bin Husain al-Amir (1370H). Syarah Raudhu al-Nadir, Sahih Muslim dan syarah al-Azhar.
10. Sayyid Muhammad bin Ali al-Sirajiy. Syarah al-Ghayah, karangan Husain bin al-Qasim dan syarah ‘umdatu al-Ahkam.
11. Al-‘Allamah Muhammad bin Soleh al-Bahluliy (1390H). Syarah Qatr karangan al-Fakihi, Syarah Jawahir Maknun, Syarah Tabari ‘ala al-Kafil fi al-Usul, Syarah al-Talkhis fi al-Ma‘ani wa al-Bayan, Syarah ‘umdatu al-Ahkam, dan permulaan tafsir al-Kashshaf.
12. Al-‘Allamah Ali bin Hilal al-Dubabi (1388H). Tafsir al-Kashshaf.
13. Qadhi Yahya bin Muhammad al-Iryaniy . Raudhatu al-Nadir, Sunan Abi Daud, al-Bahru al-Zakhkhar dan sebahagian dari kitab al-Kashshaf, al-Ghayah dan Zaadu al-Ma‘ad.
14. Al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad Zubarah (1421H). Sebahagian dari kitab Syifa’ al-Amir al-Husain, Syarah al-Azhar dan sebahagian besar kitab Subulu al-Salam.


Anak Murid :


Anak murid Qadhi Muhammad bin Ismail al-‘Imraniy mempunyai ramai anak murid sehingga sukar dikenal pasti. Bilangannya mungkin mencecah ribuan orang sama ada pelajar dari Yaman mahu pun dari negara-negara lain seperti Indonesia, Malaysia, Somalia, Albania, Cina dan negara-negara Afrika. Adalah tidak keterlaluan sekiranya mengatakan bahawa lebih 50 jenis etnik dari kalangan pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dengan beliau di Universiti Iman. Ramai dari kalangan hakim mahkamah syariah Yaman, pendakwah, pegawai kerajaan dan profesor-profesor di universiti Yaman adalah anak murid Qadhi al-‘Imraniy. Ini kerana Qadhi Muhammad adalah tenaga pengajar terpenting di beberapa institut pengajian tinggi di sekitar Sana'a seperti Institut Pengajian Tinggi Kehakiman, Universiti Iman dan Universiti Sana'a. Qadhi Muhammad al-‘Imraniy juga mengajar secara tetap di Masjid al-Zubairi, Sana'a. Namun begitu terdapat beberapa anak murid Qadhi yang menonjol. Di antaranya ialah :


1. Qadhi Yahya bin Lutfi al-Faisal rahimahullah. Pengasas dan ketua Maahad Ilmiah Yaman.
2. Qadhi Abdul Karim al-‘Arasyi. Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan seperti Timbalan Presiden Republik Yaman, Ketua Speaker Parlimen Yaman dan yang terakhir ialah sebagai penasihat peribadi bagi Presiden Yaman Ali Abdullah Soleh.
3. Doktor Abdul Wahhab al-Dailami. Bekas menteri kehakiman Yaman dan mudir Universiti Iman.
4. Syeikh al-‘Allamah ‘Amir bin Hussain bin Abdullah bin Abdul Qadir hafizahullah. Anak murid syeikh dari Syiria.
5. Syeikh al-‘Allamah Fadil bin Abdullah bin Murad al-Muradiy al-Salafi al-Rimiy. Graduan pertama Universiti al-Iman.
6. Syeikh al-‘Allamah Ahmad bin Wazir al-Waqashi. Graduan pertama Universiti al-Iman.


(Ini antara kitab yang boleh dikatakan masih baru oleh beliau, dikeluarkan Tahun 2009, punyai 3 jilid. Kitab ini telah menghimpunkan sekitar soal jawab yang sering ditanya masyarakat)

Ketika pengajian, pertuturan beliau kurang fushah (bahasa baku), demikian sedikit sukar memahaminya, dan dengan umurnya yang sudah tua. Penekanan yang lebih amat diperlukan. Dengan sentiasa rajin menghadiri talaqi (kuliah) agar kita dapat menyelami syarahannya. 


Sumber: Pelajar Yaman, (dengan sedikit tambahan).
10 Rabiulthani 1433 H bersamaan 03 Mac 2012 M
Sabtu, 02.30 am.

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 4).


مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang prkataan yg dilafazkannya (atau prbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisinya Malaikat pengawas yg sentiasa sedia (menerima & menulisnya). (Qaaf 18)
________________________________________

Kita masih lagi Hidup, tanda Penyayangnya Allah pd kita......

________________________________________

Semua org wujud perasaan "jiwang". Itu yg fitrah Tuhan tlh jadikan. Cuma ia brtempat dilalui, dirasa oleh seseorang itu. Sehebat, sekuat, sejahat mana seseorang pun. Tak perlu menafikan & tak perlu melugainya.. Jgn mmbenci, mghalang rasa itu.
________________________________________

Kebaikan, ketaatan, pahala itu yang/akan menceriakan Hidup.....
________________________________________

Dlm hidup kita, kita akan sentiasa diuji, maksiat atau taat. Dan ada balasan Syurga, Neraka kelak. Hadis ini dpt meyakinkan kita, dpt meneguhkan kesabaran, kekuatan kita. Menyedarkan, menjelaskan kpd kita:

حفت الجنة بالمكاره وحفت النار بالشهوات

Jln ke Syurga dibentangi dgn prkara yg tdk disukai, manakala jln ke Neraka dibentangi dgn syahwat (prkara yg disukai). (Hr Bukhari, Muslim)
________________________________________

Sahabat....

• Dosa, yg jahat itu ada kesan, hasilnya. Tak skrg, mgkin masa lain.. kita perlu ingat, kita ada Akhirat.

• Pahala, yg baik itu ada kesan, hasilnya. Tak skrg, mgkin masa lain.. kita perlu ingat, kita ada Akhirat.
________________________________________

Hai anakku, dirikanlah Solat & suruhlah (manusia) mengerjakan yg Baik dan cegahlah (mrk) dari prbuatan yg Mungkar dan brsabarlah trhadap apa yg menimpa kamu. Ssngguhnya yg demikian itu termasuk hal² yg diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman, 17)
________________________________________

Dunia ini milik Allah, tiada tempat kita nak pergi, lari.. melainkan pd-Nya jua akan kmbali. Marilah kita brsegera pulang kepangkuan-Nya. Allah maha melihat, mengetahui sgalanya. Allah sentiasa maha Pengampun.
________________________________________

Tidaklah perlu ada masa utk menilai kebaikan, keikhlasan org. Tidaklah perlu utk sibuk mncari, mngumpat, mngata org. Tiada guna semua itu, bahkan mngndang Dosa prcuma. Marilah bykkan masa menilai, mmbntuk diri kita & hanya terus utk menyeru, mengajak org lain. "Marilah brsangka baik & teruskan kerja kita. Melainkan ia benar, jelas, brsalahan dgn suruhan Allah"
________________________________________

Bergantunglah pd Allah.. manusia itu lemah, mampu/mgkin berubah, serba kurang & akan mati. Allah itu sentiasa maha Kaya, Kuat, Gagah, Pengampun, Pemurah, sentiasa memiliki Segala-galanya.
________________________________________

Kebaikan, pahala dirasa Nikmat, gembira.. bila byk, ikhlas, yakin....
________________________________________

Sahabat.. dimana kita punya kemampuan, kemahiran, tenaga utk buat, salur pahala, kebajikan, kebaikan.. utk Islam. Marilah kita manfaatkan sepadatnya.
________________________________________

Lelaki yg baik, hebat sudah tentu akan pergi ke Masjid.......
________________________________________

Teman²... mari kita semak bekal hidup kita. Album², simpanan², brg², secara private ataupun tdk.. Kita lupuskan bahan² yg mghasilkan dosa, tiada manfaat. Biar & bykkan bahan², prkara² yg mghasilkan Pahala. Neraka itu amatlah Dasyat. Syurga itu amatlah Nikmat. Dlm Syurga akan diganti, diberi mcm² lg Nikmat. Wanita yg masih dedah, iklan aurat.. marilah menginsafi. Marilah semua, cari masa semak akaun Hidup kita. Mati itu tak disangka....
________________________________________

Org² Munafik, yg tak percayakan Islam, yg mgharap agar ketetapan Islam tak dilaksanakan. Secara zahir, jelasnya, kita sdh dpt lihat sbnarnya. Walaupun diungkap utk pertahankan Islam. Peribadi, tgkah lakunya tlh ditunjukkan Allah kpd kita. Ia berlawanan apa yg diungkapkan. Kecacatan terzahir, berlaku sndiri tanpa disedari, diingininya. Jauhilah mrk, teruskan kerja kita. Hindari tuduhan, kita sampaikan peringatan.

Ya Allah.. bersihkan hati² kami dari sifat Munafik.
________________________________________

Jgn cari kemulian, sanjungan, nilaian dari/dgn manusia.. dari/dgn dunia. Carilah, nilailah segalanya dari Allah. Ingatlah... kehebatan, kekayaan, kebahagiaan, ketenangan itu dari Allah. Allah swt Berkuasa mengurniakannya. Kelak tiada guna nilaian dunia.
________________________________________

Teman²....
Dunia sekadar keperluan.. bukan tujuan...
Ingatlah KEMATIAN.. ingatlah AKHIRAT yg dikhabarkan, dijanjikan...
Ia bkn khayalan.............
________________________________________

Kelemahan org lain, kita sempurnakan...
Kelemahan kita, org lain sempurnakan...
Hidup memang perlu bermasyarakat, memahami.. jgn sombong, ego dgn Diri & jgn suka, sedap, sewenang menghina, merendah² kan Org lain.

• Ssngguhnya Allah tdk Suka org² yg sombong & membangga²kan Diri. (An-Nisaa' 36)
• Ssngguhnya Allah Suka org² yg brbuat Baik. (Al-Baqarah 195)
• Dan ucapkanlah kpd mrk perkataan yg Baik. (An Nisaa' 8)
________________________________________

Acap diulang, didengar... ia tidak jemu, makin luas ilmu.
Itulah AL-QURAN, Kitab Mukjizat.

• Jgn biarkan diri trlupa dlm sehari mmbaca Al-Quran, marilah usaha teman² ku...
________________________________________


Sahabat² ku......

Sentiasalah dgn Al-Quran...
Baca, hayatilah ia tika senang, sihat & tika susah, byk masaalah...
Nescaya Hati kamu pasti akan sentiasa bahagia, gembira, ceria, tenang....
________________________________________

Wahai teman²..... kita perlu:

Luas fikiran & kuatkan kefahaman
Bimbang nanti kita kesesatan

Kekuatan mesti, biar dgn kefahaman
Bukan dgn, dilihat keadaan

Banyak lagi ujian Hidup dihadapan
Hinggalah dimatikan

"Wahai yg Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan kami atas agamaMu"
________________________________________

Sahabat,, mmg kita x mampu sgt/juga nk buat yg Sunat.. peliharalah yg Wajib, jgn sesekali mengabaikannya....
________________________________________

Kita sdh terperangkap dgn jerat² syaitan... jika kita:

• Buat amal kebaikan lain, amal sunat. Tapi yg Wajib kita abai.
• Kuat beribadat kpd Allah, hingga merasa tak mengapa utk buat sesuatu dosa.
• Melampau² dlm menyembah Allah, hingga lari dari apa yg diajar Allah, hingga abai suruhan Allah.
• Merasa tak mengapa abai hak Allah, sbb dikira dia baik dgn org lain.
• Niat baik walau cara amalan salah.
• Bertangguh dlm buat baik.

Jika trjadi sifat² ini pd diri kita, marilah kita bersegera berusaha utk keluar dari prangkap ini. Bmbg Amal kita tak diterima, sia² dan dosa pula yg diganda. Ianya dgn berilmu, mncari, bertanya, memahaminya. Ikhlaskan diri, berdoa pd Allah.
________________________________________

Sedarlah....
Kita ini hamba Allah.....
Allah sentiasa Maha Mendengar, Mengetahui, Mengampuni, Berkuasa atas segala² nya.


10 Rabiulthani 1433 H bersamaan 03 Mac 2012 M
Sabtu, 01.35 am.

Khamis, 1 Mac 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 3).

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُّمْ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana saja kamu Berada, Kematian akan mendapatkan Kamu, sekalipun kamu di dlm Benteng yg Tinggi lagi Kukuh. (An-Nisaa' 78)

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ

Katakanlah: Ssngguhnya Kematian yg kamu Lari drpdnya, maka Ssngguhnya akan juga Menemui Kamu. (Al-Jumu'ah 8)
________________________________________

sblm tengok bola.. kita Solat Jemaah dulu.. taklah stress sgt kalah...
biar rasa pnting hal Dunia, rasa pnting juga/lagi hal Akhirat... ~muhasabah bersama~
________________________________________


اتَّقِ الله حَيْثُمَا كُنْت

Bertaqwalah kpd Allah di mana saja engkau Berada. (Hr at-Tirmidzi, hasan)

وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Bersyukurlah kpd-Nya, hanya kpd-Nyalah kamu akan diKembalikan. (Al-'Ankabuut 17)
________________________________________

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai org² yg Beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu & perbuatlah Kebajikan, supaya kamu mendapat Kemenangan. (Al-Hajj 77)
________________________________________

teman.. perjalanan ini akan Berakhir.. dibangkit dihisabkan... tidak akan diMatikan lagi slps itu...
________________________________________

Aurat, ketat, jarang, trbelah & sbgainya..
benarkah mmg Jahil, tak sampai pengetahuan Agama??
atau mmg sudah tahu seJelasnya.. tntg kewajipan, ancaman Berat bagi yg mendedahkannya???
________________________________________

saksikanlah tiap rutin Hidup kita akan kehendak, ketetapan Agama.. kelak Akhirat ditanya sglanya... ia Pasti.
________________________________________

Bina kesungguhan, kekuatan tika keseorangan lagi, tika tiada kepentingan lagi.. iringinya dgn kefahaman dan sentiasa Berdoa...
________________________________________

وَيُحَذِّرُكُمْ اللَّهُ نَفْسَهُ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan Allah memperingatkan kamu tentang Siksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. (Ali-'Imran 30)
________________________________________

Banyak sgt Nikmat Tuhan yg kita dapat rasa, kecap dgn cara yg diredhai, tak dilarang Tuhan...
________________________________________

gembirakan Hati dgn mmbaca al-Quran...
________________________________________

Jika slga nikmat Dunia kita dpt.. tak dpt nak banding lagi nikmat Syurga kelak, satu shj sdh cukup. Iaitu nikmat Sihat yg kekal, bebas dari penyakit atau nikmat umur Muda yg kekal. Namun bukan senang meraih Syurganya...
________________________________________

Bicara, tingkahnya seolah sdh slmt dari Neraka, mrk biasa dgn mnzahirkan dosa, maksiat, perbuatan yg dimurka, dilaknat Allah.. tak dirasa gerunkah? fb, blog dijadikan tmpt pengiklanan Dosa.. gambar, statusnya. Temanku.. sedarlah, Dunia bukan selamanya...
________________________________________

Seorang shj sdh cukup, mampu menguatkan, mmbangkitkan keinginan, smngat seseorang. Seorang shj sdh juga cukup, mampu menidakkan, melunturkan kemahuan, hasyrat seseorang. Saling sama²lah tlg, sokong pd Kebaikan & cegah, unlike pd Keburukan, yg berkait soal Dosa. Jgn like prkara² yg dikira ia satu Dosa.
________________________________________

kejarlah Akhirat.. Dunia pasti datang...
________________________________________

jgn Dunia yg dikejarkan dahulu, nanti ditipu Dunia.. Akhirat dilupa...
________________________________________

• secara fitrah, apa yg kita nampak baik, betul, bagus.. mmg tlh trmaktub ia suruhan Agama.
• secara fitrah, apa yg kita nampak buruk, jahat, keji.. mmg tlh trmaktub ia dilarang Agama.
"Amat²lah sempurna, selamat cara Islam, marilah Hidup brpndukan Islam spnuhnya, jgn remeh, bykkan alasan pd prntah Agama, kelak muflis Kita"
________________________________________

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Ssngguhnya Allah menyukai org² yg Bertaubat & menyukai org² yg mensucikan Diri. (Al-Baqarah 222)
________________________________________

Berjasalah pd pemilik Dunia
Sblm dtg yg mncabut Nyawa
Kerana kelak semua diTanya
________________________________________

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ * وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ

Sesungguhnya apa yg diJanjikan kpdmu pasti Benar. Dan sesungguhnya (hari) Pembalasan pasti Terjadi. (Adz-Dzaariyaat 5,6)
________________________________________

• Maksiat, Dosa berterusan.. mengekang ketaataan, keikhlasan.
• Taubat, Istighfar, Amalan berterusan.. menjurus kewaspadaan, kezuhudan.
________________________________________

Sejarah Diri
Jadikan Motivasi

Teruskan Berbakti
Pada Agama ini
Jangan ada kepentingan Duniawi
________________________________________

Ramai yg benar² kelalaian, kelekaan
Agama dicuaikan, dipersendakan, diremehkan

Duhai teman-teman.......
Salinglah sama² kita peringatkan
Mereke yg kehanyutan
Tugas ini diperlukan

Gunakan apa² saluran
Manfaatkan sgla kemampuan
Dunia ini bukan tujuan
Ingat² kan benar balasan Akhirat yg dijanjikan
Setiap nikmat dimana digunakan....
________________________________________

Kita akan Mati, waktunya tak jangka.. marilah sama² semak dgn teliti akaun kehidupan kita.. mcm mana dgn bekalan yg kita nak bawa.. apa yg akan kita tinggalkan slps kita Mati.........
________________________________________

Sejarah Dunia
Telah mengkhabarkan kita
Peristiwa umat yg tlh sengsara
Dan juga bahagia

Dalam al-Quran semua tlh dicerita
Marilah bersama
Membaca, menghayati, mengambil pengajaran dariNya...
________________________________________

Hebat², pandai² seseorang, dia tetap Manusia, punyai sifatnya. Kesilapan, keburukan yg ada, abaikan shj, manfaatkan apa yg baik. Sangkalah yg baik itu adlh mmg keikhlasannya, dan yg buruk itu, mmg bukan kehendaknya.. yg batin cukup sesama Tuhan. Hindari ketaksuban yg keterlaluan, mncemuh peribadi, kata² kesat.. jgn suka dgn perbalahan, kata-mengata, jgn ingin juga mncari silap org, mmbangkit² kslpan agar diketahui org.. mengapi²kan. Dakwah bukan saingan sejurusan yg dicari, dituju.. tapi masyarakat yg jahil, yg tak terkira byk, yg masih padat bergelumang Maksiat. Biarkan perbezaan cara, masing² punya kelebihan, jauhi melampau. Kebersaamaan dgn kefahaman akan lahir kekuatan. Sama² tundukkan ego, tinggikan senyuman.. lupakan silap dari manusia, ingatlah silap kita pd Allah, amat² byk lagi prntah, suruhan Allah belum sempurna kita tunaikan, masih byk dosa. Fikirkan msyarakat yg buta Agama, yg jelas lawan Islam. Sgla prtlngkahan ini, sdkt sbnyk punyai kesan pd mrk, pd kyakinan mrk, pd yg memerhati, pd Musuh sebenar. Semua kita harus sedar.

Dilihat trlalu keras, tiggalkan.. truskan brsama yg sedang kuat mengorat langkah, Perubahan. Sgl prtlngkahan yg ada juga kaitan, ulama² dahulu prnh juga lalui, prkara ini tak akan brkesudahan jika ingin juga dibahaakan, kita semua perlu faham, bertanya, usaha memahami. - Peringatan Bersama.
________________________________________

وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan Allah sekali² tidak lengah, lalai dari apa yg kamu Kerjakan. (Al-Baqarah 74)
________________________________________

Hidup selalu ceria
Bila al-Quran dibaca

Hidup dirasa selamat
Bila diikut syariat
________________________________________

Akhirat dibimbang
Dunia tenang
________________________________________

baca al-Quran 1 helai, (2 muka) hanya memerlukan masa 4 minit shj, sama² lah sempatkan, FB sempat pula kita Buka...
________________________________________

Tanya sama Diri, apa jasa, sumbangan pd Islam.
Jgnlah kita yg mengaibkan Islam..
Dgn kelakuan, perbuatan, akhlak, cara Hidup kita...
________________________________________

kita lupakan Allah, abai,lawan perintah Allah.. padahal Allah yg menciptakan kita.

Kemudian Air mani itu Kami jadikan segumpal Darah, lalu segumpal Darah itu Kami jadikan segumpal Daging, dan segumpal Daging itu Kami jadikan Tulang belulang, lalu Tulang belulang itu Kami bungkus dgn Daging. Kemudian Kami jadikan dia Makhluk yg (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Kemudian, sesudah itu, ssngguhnya kamu sekalian benar² akan Mati. Kemudian, ssngguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari Kuburmu) di hari Kiamat. (Al-Mu'minuun 14-16)
________________________________________

nak hitung Nikmat Tuhan, tak padan dgn Amal kita ni.. skt sangat.. diselit pula byk dosa lain... malang jika sdh dirasa selesa hari² sebegini. Bangkitlah, sedarlah.. jgn biarkan Dunia membutakan kita, Dunia hanya sebentar, biarlah sekadar.. lebihkan Akhirat...
________________________________________

Aku bmbg diri lalai, begitu juga rasa bmbg keluarga, teman² lalai..
Inginkan diri sedar, begitu juga rasa inginkan keluarga, teman² sedar..

Aku benci yg buruk dari Diri, begitu juga rasa benci dari keluarga, teman² lain..
Suka yg baik dari Diri, begitu juga rasa suka dari keluarga, teman² lain..

• Dan org² yg Beriman, lelaki & perempuan, sebahagian mrk (adlh) mnjadi penolong bagi sebahagian yg lain. Mrk menyuruh (mengerjakan) yg Ma'ruf, mencegah dari yg Munkar. (At-Taubah 71)

• Org² Munafik lelaki & perempuan, sebahagian dgn sebahagian yg lain adlh Sama. Mrk menyuruh mmbuat yg Munkar & melarang brbuat yg Ma'ruf. (At-Taubah 67)


08 Rabiulthani 1433 H bersamaan 01 Mac 2012 M
Khamis, 10.45 pm.