FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.
FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.
- Puisi ini dicopy.
Facebook adalah salah satu nikmat hiburan permainan dunia, jika kita dengan Facebook, telah:
• Abai, remeh, lambat dan sering telah tangguh solat.
• Meninggalkan solat berjemaah di masjid.
• Lupa dan jarang sangat untuk membaca al-Quran.
• Mengabaikan segala kewajipan-kewajipan lain lagi.
• Leka dengan berbagai permainan didalamnya, hingga lalai habis waktu dengan hal tersebut. Tak sempat ke majlis-majlis ilmu, mendalami ilmu-ilmu agama, menunaikan tangunggjawab lain yang lebih besar lagi.
• Suka bersembang dengan kawan yang berlawanan jantina, dengan berbagai perkara yang melalaikan disembang, hingga terhasilnya maksiat-maksiat lain. Mengundang lagi kearah berlakunya zina.
• Mengambil kesempatan apa yang pasti akan mendorong untuk hal dosa.
• Berbagai keburukan, kecelaruan, kejahatan, persengketaan dan masalah telah terhasil.
• Suka menguplodkan gambar dengan berbagai aksi dan gaya yang ditunjukkan dan digayakan, tak kira samada auratnya ditutup atau tidak. Kerana perbuatan ini amat besar fitnahnya.
• Suka dedahkan aib, cakap hal orang, fitnah, mengadu domba, mengumpat, berkata kotor, keji, saling mengutuk, menghina dan menuduh.
• Mudah percaya tanpa selidik sesuatu hal itu, lalu membuat kesimpulan.
• Terabai yang lebih patut dan penting dan segala yang membawa kepada kelalaian, kejahilan dan kerosakan diri.
• Menjadi tempat pergantungan dan kekuatan segalanya. Tak boleh nak hidup tanpa fb.
1. Jika keadaan ini sedang dan telah selalu berlaku, maka marilah kita perbaikinya dan ubahinya. Untuk tinggalkannya memang sudah susah. Kita tukarkannya kearah yang bermanfaat dan hal yang tidak dilarang agama. Banyak kegembiraan yang tiada dilarang agama. Bermainlah, jangan sampai hanyut dengannya seperti disebut diatas. Islam bukanlah datang untuk menyusahkan dan menyempitkan hal ini dan itu. Tapi ini untuk memelihara dan membentuk manusia itu. Supaya kembali semula kepada sifat asal fitrah dijadikan kita sebenarnya. Menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Dan ingat kelak dimatikan semula menuju akhirat yang pasti. Disini kita sedang dalam perjalanan yang penuh ujian.
Firman Allah swt: “Katakanlah kesenangan (keindahan) nikmat dunia ini hanyalah sedikit (sebentar). Dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa”. (An-Nisaa' 77)
2. Luah di fb bukan jalan penyelesaian dan dapat meredakan. Luahlah pada Tuan kepada tuan yang buat fb ini. Allah Maha Mengetahui hakikat segalanya. Luahkanlah segala rahsia dan isi hati kita kepada Allah, kerana Allah sudah pasti tidak akan mengkhianati dan mengecewakan kita, kita ini hamba Allah, dan Allah pasti akan menolong kita. Yakinilah kita kepada Allah, Allah tak akan biarkan hambanya yang sentiasa bergantung dan berserah kepadanya. Jangan biarkan diri kita tiada harapan dan pergantungan kepada Allah. Mengikut kehendak kepuasan kita semata. Mungkin kadang jalan pertolongan itu nampak susah dan perit, namun ia untuk mendidik dan itulah perlunya kesabaran dalam hidup.

3. Kita amat merasa resah bila dalam sehari fb tak dibuka, tapi tiada pula resah bila Al-Quran dalam sehari tidak dibuka. Kita rela menangguhkan hal lain kerana fb, tapi tiada rasa untuk menangguhkan hal lain bila sudah masuk waktu solat. Jika ini sedang dirasa, inilah bala besar yang sedang terjadi pada diri kita. Kita telah terjerat dan terlalai dengan keindahan hiburan dunia. Marilah kita muhasabah dan sedarinya semua teman.
4. Wanita, ujian besar adalah aurat dan dengan iklankannya pula. Dari dedah terus dan pamerkannya. Sudah tutup dan dedah di fb. Tutup dengan berbagai gaya dan aksi pula. Dan berpurdah dengan menzahirkannya. Kadang tunjuk yang ditutup dan tunjuk pula yang terdedah. Kadang sudah ditutup dan ditunjuk yang terdedah pula. Begitulah berbagai ragam dan masalah hal aurat dan iklan difb ini. Bila melihat keadaan ini. Hanya sangka baik yang nak disangkakan. Semua sedang berhadapan dan berjuang melalui ujian. Usahalah dan teruslah sedar dan bangkit dengan kesedaran itu. Berbagai musim yang berlaku diatas menunjukkan kita kadang telah masih tertewas lagi dengan ujian nafsu, masih lemah dalam menghadapinya dan kadang telah berjaya mengawalnya. Teruslah berusaha, dan mencari jalan agar kuat teguh atas jalan yang diredhai Allah itu. Mungkin dulu fenomena bebas dengan dedah terus. Tapi sekarang, dilihat fenomena dengan berpurdah pula dizahirkan. Melihat apa hasil yang boleh kita simpulkan, dari antara banyak kebaikan dan keburukannya. Jika nak diletak juga gambar, yang tidak berpurdah, memadai gambar profile yang neutral biasa dengan sempurna ditutup aurat. Adapun yang berpurdah pula, sudah memadai juga seperti yang tidak berpurdah. Gambar kita sebenar, tak payah diletak. Sudah pasti keduanya dengan berbagai gaya adalah dilarang. Ditutup itu dan berpurdah itu untuk elak fitnah. Namun jika sebaliknya dilakukan. Maka sama sahaja, bahkan mengaibkan dan mencelarukan lagi hukum Agama.
Sebenarnya dari kita sendiri, apa dari tujuan kita letak gambar tersebut. Jika kita sebagai wakil rakyat, pemimpin, dan perlunya orang untuk mengenali kita. Atau niat kita dari awalnya adalah sebaliknya. Jika mampu untuk cari jalan dan elak dari sebarang fitnah, maka itulah yang dituntut. Wanita bukan bahan untuk selalu ditonton. Tentang Aurat, mungkin boleh baca artikel ini: Aurat itu dosa, ia Fitnah. Dan Aurat dan Tabarruj.
“Aurat wanita, perubahan dengan rasa sangat susah, ejekan, ketawa dan dengan panas dan peluhnya, dan berbagai lagi pengorbanan lain. Segalanya merupakan hal-hal yang amat besar nilaian dan ganjarannya disisi Allah. Menutup dengan sempurna aurat dan tidak mempamerkannya pula, lambang keimanan yang hebat pada suruhan Allah. Wahai Muslimah, disegani dan dimegahi kerana begitu tinggi kehendak agama padamu”
5. Ibubapa, abang, kakak dan sesiapapun yang punya kuasa dan tanggungjawab. Marilah kita perhati dan awasi baik-baik hal kebebasan ruang media ini. Terutama fb, berbagai pengaruh ideologi dan fahaman sedang rancak disebarkan dan terus sentiasa disebarkan. Masalah zina, gay, lesbian, (lgbt), sumbang mahram, cerai, rumahtangga dan segala keparahan moral ini sedang bebas berleluasa difb, tidak kira siapa dan apa jurusan seorang itu. Dengan kemudahan group, page, mesej, sembang dan subscribed nya. Berbagai info dan jalan dosa mudah dilalui dan didapati. Berbagai pengaruh mudah diimani. Berbagai fahaman mudah diikuti. Dari cara barat dan koreanya. Hiburan melampau dan ditiru aksi-aksi mereka dan diidolakan pula mereka. Hal ini adalah penting untuk disedarinya. Jangan ungkap perkataan biarlah, nanti kelak bila dewasa akan difahami sendiri. Biarlah, nanti dirasa akibatnya. Besar dan banyak masalahnya. Ini jua tanggungjawab kita. Antara cara untuk mengubatnya, ialah dengan selalu kerap menerangkan kepadanya mana yang salah dan benar, sentiasa memberi peringatan, bukan juga terus menghalangnya. Zaman keterbukaan dunia hari ini kadang kejahilan perlu disanggah dengan pencerahan, kesesatan dengan penjelasan, bukan hanya terus dengan hukuman. InsyaAllah, sama-sama galasi tugas mulia ini, dengan kemampuan yang kita ada.
6. Memang banyak keuntungan dan kegembiraan yang boleh dihasil melalui ruang fb ini. Baca dan kita fikirlahlah sama-sama untuk keluar dari antara contoh yang dilarang dengan fb seperti disebut diatas. (Mencari kenalan, hubungan persaudaraan, rapatkan ukhuwah, gurau senda, kongsi, sebar hal yang benar, baik, info-info, banyak kemudahan awam, kongsi idea, pendapat, saling tegur, nasihat, membantu, ucapan-ucapan dan berbagai-bagai lagi yang tidak dilarang agama, bahkan besar fadhilatnya).

7. Marilah sama-sama kita manfaatkan sebaiknya ruang fb ini, dan jangan dengan sebab rutin berfacebook, menjadikan kita gagal meraih syurga Allah swt kelak, Nauzubillah min zaalik. Dan mudahan kesungguhan dan keikhlasan kita berjuang melalui ruang media ini menjadi sebab kejayaan kita diakhirat kelak. Kita terjemahkanya pula mesej-mesej, perkongsian dan segala status di facebook itu pada diri kita, keluarga, teman dan masyarakat keseluruhan. Memainkan peranan dalam menghidupkan status-status yang dikongsi dan luahkan itu. Tidaklah kita sudah merasa selesa dengan cara sebegini dan terus hanya ingin dalam keselesaan ini. Bukan hanya tangan kita mampu kuat menulis status, tapi dengan rohani dan jasmani kita mesti kuat bangkit dari kelekaan dosa dan dalam menjalani perintah Allah dan menjadi dari penolong Agama Allah ini.
8. Kita beramal atau tidak dengan apa yang diseru Islam dan kita sampaikannya atau tidak kepada orang lain. Allah tak tanya berapa orang yang like, komen, follow dan menjadi rakan kita. Yang benar itu, tetapkanlah ia menjadi benar. Kita akan diuji kita sebenar tunduk atau tidak suruhan Allah, atau kita memilih dan rela mempertahankannya kerana ia dingini kita. Allah tak ukur dengan segalanya ini. Betapa ramai hamba-hamba lain yang tiada sebarang kehebatan dan sanjungan padanya, bahkan tidak dikenali dan memang tiada sedikitpun pengetahuan orang tentang sumbangannya, namun mereka adalah hamba yang mulia namanya disisi Allah. Penyakit-penyakit hati ini perlu sentiasa kita sering muhasabah.
9. Jangan kita tertipu, mungkin bila dalam fb, kita amat cukup sensitif dengan pendedahan berita-berita kelakuan keji dan segala cerita memalukan. Sedang padahal dalam masa yang sama dan telah lama pun kes-kes diluar sana dengan akhbar, majalah, dan hal sosial masyarakatnya amatlah parah, kita semua membaca sendiri akhbar-akhbar, dan segala bahan bacaan buku yang mengaiban agama, hal masyarakat disekeliling yang terus bebas berkeliaran melakukan kemungkaran dan dalam kejahilan. Janganlah kita sedang masih asyik dengan fb semata. Semua ini juga adalah tanggungjawab yang besar. Mesti mengambil berat seperti mana kita difb. Kita juga memerlukan pendekatan secara dekat dengan kemampuan mulut dan anugerah segala tenaga dan anggota kepakaran lain. Ini adalah ujian adakah kita mampu berhadapan ujian dihadapan dan suasana yang terjadi disekeliling kita. Kita memanfaatkan segala ruang yang ada. Dan hindari dari sekadar maraih anugerah dunia, lalu kita telah menyangka kita sudah adalah seorang pejuang dan pendakwah Agama. Apapun segalanya dengan ilmu, marilah kita pelajari dan fahami dahulu tentang usul-usul dakwah ini, apa yang nak didakwah, kenapa kita dakwah, kepada siapa, untuk apa, jalan, caranya, apa yang perlu ada pada pendakwah, apa hasil yang dingini dan segala yang lain lagi yang berkaitan. Pengetahuan ini perlu dihayati sebaiknya kerana nanti kita tertewas dan terjerat dengan hasutan-hasutan syaitan dan dunia ini. Kita buat yang dituntut dan harus, tapi kita abai yang wajib dan keutamaan lain. Hal wajib diremehkan, dan hal sunat diutamakan.
“Apabila kita duduk untuk memberi pelajaran kepada manusia, maka marilah kita pertama-tamanya menjadi orang yang memberi peringatan kepada hati dan diri kita sendiri, dan janganlah kita tertipu dan bangga diri dengan berkumpul dan mendengarnya ramai orang menghadap kita. Sesungguhnya orang lain hanya memerhatikan luaran zahir dan apa penyampaian kita, sedang Allah swt sentiasa memerhatikan dari dalaman kita, marilah sama-sama sentiasa muhasabah dan ingat selalu hal ini”
“Kawallah kelalaian dengan kesedaran amalan. Tenggelamkan kejahatan dengan kebaikan. InsyaAllah, pasti lenyap hal-hal yang melekakan. Pohon selalu doa dan keampunan. Kita nak mati dalam rahmat Tuhan. Inilah kejayaan”
“Banyak kewajipan yang telah kita terlalai dan tertangguh sejak berfb ini, moga kita kuat dengan ujian ini”
21 Ramadhan 1432 H bersamaan 21 Ogos 2011 M
Ahad, 06.00 pm. Sana’a, Yaman.
Edit semula:
23 Zulhijjah 1433 H bersamaan 08 November 2012 M
Khamis, 09.10 am. Sana’a, Yaman.