Rabu, 27 April 2011

Kejayaan terhasil dari Kerja yang dilarang Allah.

1. Kita hidup dimuka bumi-Nya, kita hirup udara-Nya, kita makan rezeki-Nya. Kita mampu untuk berdiri, berjalan, bersuka ria dan melakukan berbagai aktiviti harian adalah dengan kehendak Allah. Dia (Allah swt) berkuasa atas segalanya. Dia berkuasa untuk menyekat dan memberinya. Demikian itu, kita sebagai hamba-Nya perlulah menjalani kehidupan ini berlandaskan pada kehendak-Nya. Iaitu mengikut cara yang diingini al-Quran dan as-Sunnah. Kitab panduan yang cukup lengkap, sempurna dan bersesuaian pada bila-bila masa hinggalah kiamat. Ia merupakan panduan dalam melayari kehidupan dunia ini. Jika diambil, dibaca dan diamali segala panduan yang telah dinyatakan itu, akan menjadikan kita hamba yang beroleh kejayaan hidup didunia dan akhirat. Tiap-tiap hukum, perintah dan larangan yang telah ditetapkan tidaklah membebankan, jika dinilai, difahami dan difikir, ianya amat-amat bertepatan dengan kehendak logik akal manusia yang sihat lagi waras. Dia yang menciptakan kita, maka Dia mengetahui apa keperluan yang dihajati kita semua. Demikian itu tidak perlu lagi kita mencari, mengguna dan mengambil panduan cara Hidup yang lain. Tak perlu kita mengikut perkara-perkara dan peraturan-peraturan yang direka manusia. Dan tidak juga mengikut kehendak nafsu kita.




2. Hari ini berbagai kecelaruan hidup dalam masyarakat Islam berlaku. Kesimpulan besarnya dilihat kerana tidak meyakini dan tidak mengambil dan mengguna cara hidup yang telah diajar Islam. Ramai manusia yang sewenangnya melakukan perkara yang dilarang Allah. Mereka berkerja, menjalani kehidupan harian dunia dengan tidak disaksikan pada Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya. Dengan sebab demikian terhasilnya kecelaruan ini. 


3. Di zaman sekarang ramai penghuni dunia sudah lupa kepada Pencipta dunia ini. Sewenangnya perkara dosa, maksiat telah dikerjakan tanpa rasa malu lagi. Yang saya ingin fokuskan dan maksudkan disini ialah berkaitan rancangan-rancangan hiburan yang telah menggilai masyarakat dibumi malaysia hari ini. Rancangan-rancangan reality tv, seperti af, mentor, idola kecil dan bermacam lagi sepertinya. Anugerah-anugerah skrin, ajl, abpbh. Dan berbagai lagi rancangan, agenda, program, cerita, drama, filem yang tidak dititikberatkan pun dimana kehendak perintah Allah swt dan Rasulnya. Rancangan-rancangan sebegini memberi pengaruh yang cukup besar dalam merosakkan, mencelarukan fahaman tiap masyarakat, individu muslim lain dalam memahami Islam.




4. Saudaraku sekalian… Perlulah diketahui bahawa Agama Islam bukanlah suatu Agama yang tak membenarkan untuk kita berhibur. Bahkan sebenarnya dalam sejarah Islam itu sendiri telah menunjukkan dibolehkan untuk kita berhibur, tetapi mestilah ianya menepati syarat-syarat yang dikehendaki Islam itu. Fitrah setiap manusia tak dapat lari dari hiburan. Syarat-syarat tersebut perlu dilihat akan apa tujuan dilaksanakannya, apa manfaat, faedah dan hasilnya. Segala perkara perlu disaksikan soal halal, haram, dosa, pahala. Kerana segala kerja dan kehidupan didunia tidaklah kekal, bahkan pasti binasa dan ditanya kembali dimasa akhirat pula. Antara jalan ke syurga atau neraka bakal dilalui mengikut perkerjaan dan amalan yang dilakukan dimasa dunia ini. 


5. Rancangan seperti ini sememangnya sudah lama patut diharamkan. Kerana berbagai perkara maksiat, dosa terdapat didalamnya. Ia Juga merupakan pembukaan untuk tercambahnya lagi perkara dosa, maksiat lain. Dosa, maksiat bukan sahaja berlaku pada mereka didalam, bahkan juga memberi kesan mata manusia, masyarakat yang menontonnya. 


6. Namun dilihat sekarang segala rancangan-rancangan tersebut amat telah menjadi kegilaan masyarakat, sambutannya cukup hebat, ianya telah menjadi hiburan yang sememangnya teramat sukar untuk tidak menyaksikannya. Tak kira lagi mereka yang tua, muda, kanak-kanak ataupun yang berpendidikan Agama sendiri. 


7. Kemerosotan, kecelaruan ini terhasil dari cara Islam yang diamalkan pemerintah sekarang, kelemahan para pendakwah, guru-guru pendidik, ibu bapa serta tiap masyarakat yang tidak mengambil berat. 


8. Memang terasa amat sedih melihat dan memikirkan keadaan mereka yang begitu tergila-gila dengan hiburan ini. Kegembiraan, kesukaan, kejayaan dan kemenangan mereka terhasil daripada kerja hiburan yang dilarang Allah dan Rasulnya. Kenikmatan dunia yang mereka rasai tidak dinilai sama dimana kehendak Allah dan Rasulnya. Mereka mencari kesenangan, rezeki di dunia dengan tidak dititik beratkan soal halal, haram, dosa, pahala.




9. Begitu juga dengan ibu bapa, keluarga, saudara-mara dan peminat-peminatnya yang amat bersungguh-sunguh memberikan sokongan. Sampai mengalir air mata mereka apabila melihat kesungguhan adik-adiknya dalam menyertai rancangan tersebut. Padahal sepanjang rancangan tersebut tidak dinilaipun soal aurat, pergaulan, dan berbagai aktivitinya yang mengetepikan cara yang diajar Islam. (mohon jauh dari demikian). Kenapa berlaku hingga sedemikian rupa? 


10. Saudaraku sekalian. Marilah Sama-sama kita renungi dan hayati peringatan yang telah dijelaskan kepada kita semua oleh Al-Quran: 


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. 

 Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri Sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab". (Az-Zukhruf 36-39) 


11. Demikian itu. Buat mereka yang berniat ingin menjadi artis, penghibur dan sebagainya. Buat mereka yang berkerja dan bertungkus lumus menjayakan, menghidupkan program sebegitu? Buat mereka yang amat-amat meminati acara-acara sebegini? 


12. Ketahuilah segalanya bakal dipersoal kembali di hari Akhirat kelak! Adakah segala pekerjaan sudah dinilai sama dimana kehendak al-Quran dan Sunnah Rasulnya? Atau tidak diperendahkan sedikitpun peringatan Allah dan Rasulnya?




- Apa tujuan dilaksanakannya, apa manfaat, faedah dan hasilnya. 
- Tujuan untuk berhibur semata-mata, untuk melalaikan manusia. Tiap pembikinan dan penayangannya punyai perkara-perkara yang beroleh dosa. 
- Adegan-adegan didalamnya yang sewenangnya bersentuhan, berpelukan antara lelaki perempuan. 
- Masaalah aurat sudah terlalu biasa dengan terdedah. 
- Masaalah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang amat bebas. 
- Sewenangnya boleh bersentuhan, bergurau senda, tanpa menghiraukan larangan Allah. 
- Didikan dari kecil sudah biasa didedahkan aurat, bersentuhan, bergaul bebas. 
- Hasil dari menghalalkan larangan Allah menyebabkan terjebak dengan perkara maksiat lain. 
- Memberi kesan pada masyarakat, tiap Individu yang menyaksikannya. 
- Kecelaruan dalam memahami Islam akibat contoh, model yang sering dipaparkan artis- artis ditelevisyen yang bersalahan dengan kehendak Allah swt. 
- Kecenderungan melakukan perkara maksiat lain hasil dari melihat pendedahan aurat- aurat, cerita, filem-filem dan berbagai aksi yang menyalahi perintah Allah swt. 
- Hasil rezeki yang tiada berkat kerana melakukan kerja yang dilarang Allah. 
- Melupakan masyarakat tentang benarnya tentang perkara kematian, akhirat, nikmat dan azab neraka. 
- Kelalaian dengan permainan dunia yang hanya sementara, kesibukan diri dengan perkara dunia. 
- Lupa pada akhirat, lupa untuk memanfaatkan masa beribadah pada Allah. Lupa tujuan asal diciptakan manusia. 
- Perkara Dosa sudah dirasa biasa mengerjakannya. 
- Tidak merasa takut, bimbang akan keadaan diri bila dibangkitkan untuk dihitung amal nanti. 
- Dan bemacam-macam lagi keburukan telah terhasil daripada tiap kerja yang tidak diikut perintah Allah swt. 


13. Namun perlu diingat, Islam bukanlah menyekat segalanya. Jika segala aktiviti kerja hiburan yang tidak berlakunya perkara-perkara dosa seperti diatas, maka tak menjadi salah untuk diteruskan. Mengikut cara-cara yang telah digariskan syara’. 


14. Oleh itu, carilah apa-apa pekerjaan yang tidak melanggar ketetapan Allah swt dan Rasulnya. Jika terasa susah dan letih dengan perubahan itu, biarkanlah. Demikianlah dunia bukan tempat untuk bersenang sesenang-senangnya. Nikmat merasai dunia bukanlah kekal, hanya sementara sahaja. Nikmat yang kekal adalah akhirat sana. 


15. Jika hakikat ini disedari dan diubahi oleh pelakunya, nescaya sebahagian masaalah kecelaruan, kepincangan, kelemahan dan kemunduran fahaman tentang Islam dapat diselesaikan. 


16. Di kesempatan yang masih waras ini. Tidak dapat tidak perlu untuk kita meneliti setelitinya akan segala tiap kerja yang dilakukan di masa dunia ini. Adakah ianya tidak bersalahan dengan kehendak Allah dan Rasulnya, ataupun sebaliknya. Janganlah ketika kita mencari nikmat habuan dunia, kita lupa peringatan dari Allah dan Rasulnya, kita lupa dimana soal halal, haram, dosa, pahala. Janganlah kita dapat merasa gembira hanya didunia sahaja. Ingatlah juga akan benarnya ada nikmat dan azab di akhirat sana. Suatu tempat diadili tiap perbuatan manusia dari sehalus perkara hingga sebesarnya mengenai apa yang telah dikerjakan diamasa dunia ini. 


“Sudah tentu bagi orang yang befikiran waras, yang cerdik, yang tahu akan pastinya berlaku kehancuran dunia ini, tidak akan membiarkan masa hidupnya didunia dilalui dengan perkara yang sia-sia. Kerana kelak dunia pasti ditinggalkan dan seterusnya dihidup buat kali kedua di tempat yang kekal selamanya, iaitu Akhirat” 


17. Sudah tentu bila dipersoalkan dan dibangkitkan masalah ini, yang dipersalahkan adalah Kerajaan yang memerintah. Ya! Memang benar kerajaan sekarang yang membiarkan dan menggalakkan lagi program sebegini dijalankan. Memang menjadi kewajipan kita menukar kerajaan sebegini. Namun perlu diingatkan juga tanggungjawaab ini tidak terlepas pada kita semua. Selaku Ibubapa, saudara-mara, teman-teman, para pendidik dan tiap individu perlu saling mengingatkan tentang kerja-kerja hiburan yang sebegini adalah suatu dosa. Ibu bapa amat perlu berperanan dengan sebaiknya. Tugas yang cukup besar untuk menjaga dan mengawal anak-anak yang hidup dizaman maksiat dijaja ini. Firman Allah swt: 


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu berhala. (At-Tahriim 6) 


18. Akhirnya, marilah kita renungi Firman Allah swt ini:




Yang Mengampunkan dosa, dan yang Menerima taubat; yang Berat azab-Nya; yang Melimpah-limpah kurnia-Nya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali. (Ghaffir 3) 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li 'Imraan 135) 


“Harta benda, Makanan menjadi keperluan hidup di dunia. Kita perlu berkerja berusaha mencarinya. Ianya sebagai bekalan untuk menampung hari-hari hidup di masa dunia kita hinggalah sampainya ajal. Namun bila sudah sampainya ajal, bekalan harta benda dan segala kemewahan dunia ini akan meninggalkan kita. Hanya satu yang akan kekal bersama dan ianya akan menjadi penentu antara Nikmat atau Azab yang bakal diperolehi di sana (Akhirat). Iaitu Amal ” 




23 Jamadil Awal 1432 H bersamaan 27 April 2011 M 
Rabu, 03.00 am. Sana’a, Yaman. 


 Diedit semula: 
14 Ramadhan 1433 H bersamaan 03 Ogos 2012 M 
 Jumaat, 09.05 pm. Sana’a, Yaman.

Ahad, 17 April 2011

Bukan mudah meraih SyurgaNya.

Firman Allah swt: Adakah patut kamu menyangka bahawa Kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada Orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan Serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh Ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan Berpegang teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 21)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)

Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam Mengerjakan Suruhan Allah), kerana Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)


“ Teramat perlu dinilai sedalamnya akan segala tiap perkerjaan yang Dijalani di masa Dunia ini. Adakah ianya tak menyalahi pada kehendak Allah swt dan Rasulnya? ataupun sebaliknya. Andaikanlah jika sesuatu Perkara yang diarang Allah dan Rasul itu sentiasa bertentangan dengan keinginan, kehendak Hawa Nafsu kita dan sememangnya teramat sukar untuk menjauhinya. Biarkanlah, biarlah dihadiri segala perasaan tersebut, Biarlah diri terasa susah, sedih dari terasa senang, gembira dengan Perkara yang dilarang Allah. Biarlah terasa Susah sedikit di Dunia yang sementara ini dari terasa Susah yang amat dasyat dihari Akhirat kelak. Ingatlah dan Yakinilah Kehidupan di Dunia ini bukanlah suatu yang kekal, tiap Kenikmatannya bukanlah suatu yang kekal. Ianya padahal hanyalah suatu tempat perhentian yang sementara sahaja, kemudian barulah kita Semua akan diangkut Beramai-ramai menuju ke suatu tempat yang Kekal selamanya, iaitu Akhirat. Seterusnya samaada laluan ke Syurga atau laluan ke Neraka bakal dilalui berdasarkan dari tiap pekerjaan, amalan cara Hidup yang diamali masa Dunia ini. Ingatlah janji tentang Kesenangan, Kemewahan, kebahagiaan, ketenangan, kedamaiaan didalam Syurga itu adalah Benar. Ingatlah janji tentang Kedasyatan, Kesakitan, Keperitan, Kesusahan, Kemiskinan didalam Neraka itu juga adalah Benar

“ Andai terasa susah dengan cara yang diingini Islam, Biarlah. Demikianlah Hidup di Dunia bukan tempat dan tujuan untuk bersuka-ria, bersenang-senang. Tetapi ianya suatu tempat untuk diUji sekuat mana kekuataan kita berpegang dengan PetunjukNya. Demikianlah Nikmatnya Kehidupan Syurga yang telah dijanjikan itu bukanlah percuma untuk memasukinya. Ia memerlukan kekuatan, pengorbanan Diri menghadapi Ujian dimasa Dunia ”

“ Ingatlah Apa-apa pun Pekerjaan yang dilakukan dimasa Dunia ini perlu sentiasa diingatkan segalanya berlaku dengan kehendak Allah swt. Jika Allah swt berkehendak menyekatnya, maka ianya amat mudah bagi Allah. Dia Maha Berkuasa atas Tiap-tiap Makhluknya. Maka harus sentiasa disyukuri, diingati bahawa segalanya adalah kurniaan Allah swt. Perlu dijauhi dari sifat riak, sombong, takabbur, dan segala perkara yang menjadikan Murkanya Allah swt pada Kita ”

Ingatlah Apa-apa bentuk Kelebihan, Kegembiraan, Kesukaan, Kemenangan, Kekayaan, Kejayaan Hidup di Dunia yang tidak disertai dengan Keimanan pada Allah tidak dapat memberi faedah sedikitpun. Sabda Nabi saw :

Kekayaan, kejayaan hidup itu bukanlah dilihat pada banyaknya harta seseorang, tapi kekayaan, kejayaan hidup yang sebenar ialah dilihat pada jiwa seseorang itu. (Hr Muslim)

Dalam riwayat yang lain pula disebut : Nabi saw telah bertanya kepada Abu Zar, Adakah engkau melihat orang yang banyak harta itulah orang yang Kaya? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Dan adakah engkau melihat orang yang sedikit hartanya itu orang yang susah? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Kemudian Nabi saw bersabda : Bukanlah sedemikian, Sesungguhnya orang yang Kaya itu ialah mereka yang Kaya jiwanya manakala orang yang susah, fakir itu ialah mereka yang kosong jiwanya. (Sahih ibn Hibban, no 685. Mustadrak al-Hakim, no 7929).

Sama-sama kita renungi, hayati peringatan yang telah dijelaskan kepada kita semua yang diambil dari kitab Petunjuk (Al-Quran) :

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka ORANG-ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK.

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya Kamu dan Teman-Teman kamu itu tetap Menderita bersama-sama di dalam Azab". (Az-Zukhruf 36-39)

Rabu, 13 April 2011

Aurat, mereka dihalang, ditangkap dan dipaksa supaya menanggalkannya.

Tahukah Anda Wanita-wanita Muslim diNegara Eropah, ada dikalangan mereka yang disekat, dihalang dari menyempurnakan Aurat mereka. Mereka ditangkap, tidak dibenarkan dari melaksanakan Kewajipan sebagai seorang Muslim yang telah diPerintahkan Allah swt. (namun mereka tetap jua ingin melaksanakannya kerana mereka tahu ianya adalah suatu Perintah, ketetapan dari Allah swt, bukannya suatu perkara yang boleh sewenangnya diabaikan, mereka yakin akan benarNya janji-janji Allah swt, mereka bimbang, takut memikirkan akan benarnya terdapat balasan yang amat Berat jika diabaikan Suruhannya). Walaupun hingga dihina, dipaksa supaya menanggalkannya dan dikenakan Hukuman pula jika enggan menanggalkannya.


Tetapi keadaan diMalaysia amat-amat cukup mengaibkan. Kita tiada sedikitpun segala gangguan tersebut. Namun pakaian yang dilarang Allah itu juga yang diinginkan untuk dipakai. Pakaian yang mendedahkan selain dari Muka dan tapak tangan, Pakaian yang sendat, ketat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan sebagainya amat sudah terlalu biasa dizahirkan. Kenapa hingga sedemikian ? Ingatlah Janji Allah swt adalah Benar, Ingatlah datangnya ajal itu dalam keadaan yang tidak dapat kita sangkainya adalah Benar. Ketahuilah perbuatan tersebut adalah suatu Dosa. Dosa tersebut pula menyebabkan telah tercambahnya berbagai maksiat lain, terhasil dari melihat pakaian Kita yang meransang, menganggu tiap Mata lelaki yang memandangnya.

Duhai Saudari seIslamku… Sempurnakanlah Aurat Anda. Janganlah dibiarkan, dibiasakan hari-hari Hidup kita dengan sentiasa melakukan perkara Dosa. Nikmat rasa suka dengan mendedahkan Aurat itu tidaklah kekal, demikianlah Kehidupan Dunia bukanlah Kehidupan yang kekal, suatu masa nanti kita akan mati dan diperbangkit dan diperhitung, dipersoal segala-segalanya. Berbagai jenis alasan yang diberi dimasa Dunia dahulu dari melaksanakan Perintahnya akan terjawab dihari Perhintungan ini, samaada ianya Benar ataupun sekadar Rekaan.

Marilah kita menyempurnakannya (AURAT), Ianya dapat menyelamatkan kita dari beroleh Dosa, beroleh siksa, azab, jika tak menginsafinya. Menghindari diri dari diganggu, menghindari diri dari mengingini berbagai maksiat lain, menghindari dari dihampiri lelaki, lelaki pun rasa bersalah, malu nak menghampiri Kita dan seterusnya melakukan berbagai lagi maksiat lain, ianya juga menyelamatkan kaum Lelaki dari melakukan maksiat lain hasil dari pendedahan Aurat kita.

“ Islam itu datang menyelamatkan, menyempurnakan cara Hidup Manusia. Marilah kita sempurnakan Hidup kita dengan cara yang diajar Islam, bukan cara yang diingini Nafsu. Tiap laranganNya amat punyai Hikmah yang cukup Besar, yakinlah padaNya, Dia yang menciptakan Bumi dan segala Isinya, adakah patut kita mempersoal dan mencari cara Hidup yang lain dari cara yang telah diletakkan oleh Pencipta Bumi ini ”