Selasa, 20 Ogos 2019

Sembang dengan pelajar tentang kahwin.



Sewaktu kelas tadi bersembang dengan pelajar bilamana ada pelajar yang bercakap tentang kahwin, umur mereka dalam lingkungan 13-17 tahun. 


Lalu saya bertanyakan satu soalan, "Dengan keadaan kamu sekarang ini. Andaikata ada perempuan yang cantik, menarik dan kamu berkenan, dalam masa yang sama kamu memiliki banyak duit, adakah kamu ingin berkahwin?"


Lalu ramai la mula menjawab, ada yang jawab gila taknak ustaz, mestila nak ustaz, sunnah Nabi kan, kawin awal kan bagus, dan macam-macam lagi. Huhu.


Maka saya pun mulalah sesi tazkirahnya, hehe. Nak diceritakan itulah gambaran fikiran yang perlu diberikan pendedahan kefahaman Agama yang seimbang. Cuma setelah saya memberi jawapan soal tanggungjawab dan kemampuan serta kahwin juga ada hukumnya, ada lah sorang yang turut mengiakan. Cuma dia tak berani nak cakap. Alhamdulillah.


#Semoga perkongsian ini ada manfaat.

Jumaat, 5 Julai 2019

Dalil Yang Diingati Lelaki & Dilupakan.


LIMA DALIL YANG DIHAFAL LELAKI (PADA KEBIASAANNYA): 1. Sesungguhnya tipudaya mereka (perempuan) itu amat besar. (Yusuf 28) 2. (Kahwinlah) dua, tiga atau empat. (An Nisa' 3) 3. Perempuan itu kurang akal dan agama. (HR Al Bukhari & Muslim) 4. Lelaki itu ketua kepada Wanita. (An Nisa' 34) 5. (Bahagian harta pusaka) lelaki seperti bahagian dua perempuan. (An Nisa' 11)

MANAKALA LIMA YANG DILUPAKAN LELAKI (SELALUNYA): 1. Bergaullah dengan mereka (perempuan) dengan cara yang baik. (An Nisa' 19) 2. Berpesanlah dengan cara baik kepada wanita. (HR Al Bukhari & Muslim) 3. Berlaku lemah lembutlah dengan perempuan. (HR Muslim) 4. Orang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang paling bersikap baik kepada keluarganya (perempuan). Daku orang terbaik (sebagai contoh) kepada keluargaku. (HR At Tirmizi & Ibn Majah) 5. Tiadalah orang yang memuliakan mereka (perempuan) melainkan orang yang mulia. Tiadalah orang yang menghina mereka (perempuan) melainkan si celaka. (HR Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq)

Diedit dari post asal Ust Fb/Syafiq AtTauhidi.